Hari-hari Akhir Perempuan Astro (Temporary)!!

Alkisah, tersebutlah kisah!Tayib...
Aku dan seorang lagi minah ni dapat masuk Intern session kat Astro, disebabkan Minah tu sangat pandai dalam mencari contact maka kami pon dapatlah masuk ke Astro yang kami impikan. Punya lah sebal nye hari pertama, aku datang lambat tau u olls... Tapi aku tetap maintain dengan muka ala2 cute aku ni walaupon hari kedua tu, pagi2 buta kitorang datang dah kena jadi Mak Guard kat Astro! Mana tak nya, orang kat sini mana la datang pepagi bute.. Kitorang ni sebeno nye yang terlebih spirit nak datang awal.

Hah Amek kau!
Arakian, berdiri lah mereka berdua di tepi tiang menjadi penunggu setia! Tapi takpe, kitorang jumpa pulak dengan seorang bekas pensyarah UiTM yang agak tak dikenali.. Aku ingat kan nama dia tu tempat ke apa ke tapi itulah nama dalam IC nya.. Dashat lagi Glamour namanya. Aku respect dgn dia walaupon...hihi biarlah rahsia!

K. K.. Dah.. Aku nak cerita plak hari-hari kami di Astro. Best Giler I tell U! memang best tiada walaupon ataupun apa2 makna di sebalik awan senandung di langit biru! tapi kami ni dipisahkan la pulak kan? seorang kena dok depan buat kerja promo2 (memang dia suka lagi 'enjoys' pon kan), aku pulak dapat meja dekat dengan abang2 sports..Ok sangat la tuh!

I like U olls.. We all due orang very the like2 stay here at Astro k..

Haha..We all berdua dapat kenal and dapat experience yang fantastic I tell U!
Banyak yang kitorang tak dapat kat tempat study, tapi dapat kat sini.. Kerja kat sini serious best and relax + enjoy! Plus korang yang giler kan artis2 tu bleh la datang sini k.. Ramai la yg korang boleh jumpa!
Siap dapat salam dengan Fea Shafiza lagi u olls..

Aku sarankan pada korang yang tengah carik tempat praktikal tu mohonlah kat sini.. Best2.. Tak rugi, experience pon banyak taw!

diorang tak lah scary yang macam bdak2 aku cite kan.. Okay lah..Sampai di sini saja.. biarlah kami mengundur diri, lain kali kami mai lagi..

Sebenornye, aku nak preview tapes jap.. hehe..C ya when I c Ya...

Yang benor,
Perempuan2 Astro(temporary)!

AKU DAN JOHOR 3

Hantu dan Aku?

Rumah Farhana
aku sedang leka bermain buaian didepan rumah Farhana..buaian ni tinggi..layan je bila angin menghembus...dush..dush...aku lihat farhana keluar dari rumahnya sambil memandang aku dengan senyumannya.."awak best la rumah awak ade buaian macam ni..." selepas itu aku memerlahankan buaianku dan berhenti..aku mengatur langkah kearah Farhana "ayah kita dah nak robohkan buaian tu" kata Farhana..aku membuka mata besar-besar tanda terkejut..lalu mengoyangkan kepala kepadanya tanda kenapa "sebab ada hantu selalu main kat buaian tu" kata Farhana.."hantu?? hantu apa?" kata aku..."hantu tak ada kepala" kata Farhana,terkejut juga aku mendengar katanya begitu..tapi aku susah untuk percaya..ade lagi ke hantu zaman macam ni? aku menjadi hairan.."awak kita balik dulu..nanti kita datang lagi" aku meminta diri untuk pulang..tiba-tiba aku jadi seram sejuk..

Depan Rumah tengah hari,
Aku termenung sambil melihat pajero ayah memasuki ruang rumah..ayah membawa pulang Syukri sepupuku dari kuala Lumpur..tidak pernah duduk kampung katanya..."oi..syukri dah sampai pol" aku menjerit pada abang epul ku yang sibuk didalam rumah..

Depan Rumah petang,
"ish ko ni jangan bising-bising" kata aku pada syukri..aku sedang terbaring atas rumput sambil menyelak-nyelak rumput didepan rumah.."ish mana ni??" kate syukri.."ha...shuuu diam" aku mengepitkan dua jariku keatas badan belalang.."hah..dapat!" kate aku..."botol..botol..cepat!!" syukri berlari ke dalam rumah..lalu membawa botol kosong..."eh..kau ni..cepat la tangkap..asek aku je" kata aku pada syukri...

Dalam Rumah malam,
aku sekeluarga baru lepas makan..abang epul memberi signal mata kepada kami untuk masuk kedalam bilik..aku dan syukri perlahan-lahan masuk kedalam bilik.."weh nak main ape ni?" kate syukri.."shuuuu...diam..tengok je" kate ku..dush..lampu tiba-tiba tertutup.."mak bukak la lampu tu bodo" kate syukri gelabah.."weh kita main kejar-kejar ok sape dapat tangkap orang dalam gelap die keluar bilik ni dulu" suasana gelap gelita..nak berjalan pun seram...huh..macam mana ni...aku hanya nampak bayang-bayang..huh apelagi kejar...ka bom!! "aduh" aku terlangar meja..naik senak dada aku..."epul!!! mengaji!!!" kedengaran ayah menjerit..lalu pintu dibuka...ayah membuka lampu bilik..sambil melihat sekeliling..syukri diatas katil..aku dibawah mesin jahit..epul? sibuk mengejar syukri..ayah menjegil mata lalu abangku membuka al-quran nya...

Dalam bilik tengah malam,
abang epul selesai membaca al-quran..kami yang duduk didepannya hanya diam kebosanan tidak berbuat apa-apa...tiba-tiba epul mengambil satu buku dari atas meja..lalu dia duduk kembali..kepalanya betul-betul berada dibawah tingkap...kami pula mengadap tingkap..
"ko nak tengok aku buat eksperimen?" kate epul.."buat eksperimen ape?" kate aku tertanya..
"cube korang tengok lua..kejap lagi hujan turun" kate epul dengan sombong..maka epul terkumat kamit membaca doa itu..aku dan syukri mendekati tingkap yang terbuka luas.."mana hujan tak ada pun" kata syukri..."alahai..tunggu kejap lagi turunlah tu.." kata epul lagi..aku ternampak sesuatu, sesuatu yang pelik sekali diluar sana..aku melihat syukri dan syukri mengalih pandangan kepada ku.."jom tido weh" kata syukri..tetapi matanya rancak melihat hantu tak ada kepala yang melilau di tepi rumahku...aku menarik syukri lalu masuk ke dalam toto..."tido weh tido" kami berdua menutup seluruh badan dan mata kami..diluar terdengar epul berkata "weh hujan dah turun ke? hah kan aku dah kate..terer tak aku?".."kau tengok lah sendiri" kate aku yang masih lagi didalam toto.."hah..hujan beb hujan...." kerana ketakutan kami malas melayan kerenah abangku yang sengal itu..kami tertido..

Dalam Ruang tamu pagi,
aku sedang menjamah nasi lemak yang mama masak, sesekali aku memandang syukri yang kelu sahaja dari tadi..lalu aku mendekatkan diri ke sisinya.."kau nampak tak apa yang aku nampak semalam?" dia menganguk..."jadi betol la ape yang kita nampak?.."dia menganguk...huhu "aku nak balik kl....mak lang..nak balik kl..." kate syukri...hatiku seram sejuk..kusangkakan hanya mimpi..rupanya kami berdua melihat hantu itu dengan mata sendiri...huh....tiba-tiba epul mencelah "korang kenapa semalam? masuk toto terus tido?"
kate epul.."ada hantu bodo...ko tak nampak ke semalam?" tanya aku, abang aku hanya terdiam...tahu kau takut hihihi

jadi pendek kate..itulah pengalaman aku yang paling real..melihat hantu bersama-sama dengan sepupu ku..jadi cerita inilah yang selalu diceritakan kembali sebagai kenangan yang merapatkan kami berdua..namun abang aku? masih tidak percaya dengan kata-kata kami...

Bagaimana tips mencari cinta sempurna?

apa itu cinta?

tips pertama
cinta mungkin satu kebahagiaan..mengkin satu kesengsaraan...Mak Ngah pernah kata padaku.."kalau nak cari kekasih, carilah seseorang yang menyayangi dan menyintai kita bukan kita yang menyayangi seseorang itu" kerana katanya cinta itu boleh dicambah tapi perasaan yang sedia ada wujud lebih kuat dari cinta yang kita cambah...jika aku fikirkan dalam-dalam..untuk jangka panjang memang tips itu berguna sangat-sangat...

tips kedua
aku pernah dengar satu ceramah, dan kata-kata ini tidak silap aku dikatakan oleh Dato'Fadzilah Kamsah..katanya "kesempurnaan itu tidak akan ada jika kita cari..tetapi kesempurnaan itu akan wujud jika kita mengangap ianya sempurna" pendek kata, kalau kita nak cari kekasih yang sempurna mungkin kita tak akan dapat, tetapi kalau kita wujudkan kesempurnaan itu dalam hati kita dan kekasih kita..mungkin kita akan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki dengan mengangapkan dia paling sempurna untuk kamo dan kamo untuk dia..

tips ketiga
"cinta yang penuh hipokrit tidak akan berpanjangan" itu kata bekas guru kaunseling aku dulu..senang cerita..kekasih kita tu depan kita bukan main baik..tapi belakang kita, dia seperti orang asing yang kita tidak pernah kenali..sebenarnya perhubungan inilah yang bakal menimbulkan masalah apabila berkahwin nanti...jadi jika mahu cari cinta sempurna biarlah didepan dan belakang kita tingkah dan kelakuannya sama, setidak-tidaknya kita tahu siapa dirinya yang sebenar...jangan dah khawin baru segala pekung di dada nak di dedahkan..dah terlambat dah time tu..

tips keempat
"cinta tu tak kekal, satu hari nanti ianya akan dirampas dan pada waktu itu duitlah yang jadi pengubat hati" ini adalah kata-kata seorang kawanku, katanya carilah suami yang kaya..setidak-tidaknya kalau suami menduakan kita, duit akan mengubat hati kita yang luka. kalau kahwin dengan lelaki tidak kaya katanya, jika ditingalkan kita hanya tingal sehelai sepingang...hukhuk...macam-macam kan...

tips kelima
tips ini aku dapat dari ibu kawanku...katenye "mak kata : kalau nak kekasih yang kekal, cari pasangan yang jauh2, baru terasa rindu..." 100% aku setuju..mengapa? kerana..bila kita jauh..kita akan belajar bersabar..bila kita jauh kita belajar erti kejujuran..bila kita jauh kita belajar erti kesetiaan dan bila kita jauh kita belajar erti memahami serta bertolak ansur..lagi satu bila kita jauh kita menjadi lebih menghargai setiap masa bersama kerana setiap saat adalah saat yang berharga untuk diisi dengan baik ...

jadi pendek kate..kalau nak cari cinta ada perbagai cara..tetapi yang penting adalah niat..jika niat kita baik...insyaallah apa yang dikurniakan akan kita teriama dengan redha dan penuh kesyukuran....amin....

titipan adikku syg..

Nenek yg tertelan gigi......

Nama nenek saya ialah Saripah. Saya sangat menyayanginya. Nenek saya sudah tua. Dia ada 3 batang gigi. Nenek saya seorang yang sangat garang. Tetapi, saya tahu, bahawa, dia berbuat demikian supaya dapat melatih anak dan cucunya yang comel seperti saya untuk menjadi yg terbaik.

Pada suatu hari, nenek teringin hendak makan Ikan Terubuk Bakar. Dan pada hari itu jugalah ibu dan bapa saya bersusah payah mencari makanan yg di ingini oleh nenda kesayangan saya.

Dan kebetulan pula, ada gerai yg menjual makanan tersebut..... dengan sekelip mata ayah bergegas ke gerai itu, yg terletak jauh di kampong sebelah.

Nenek sungguh gembira sebaik sahaja mengetahui berita baik itu. Saya turut tumpang gembira....

Nenek makan dengan gelojoh sekali. Tiba-tiba Argggt!!!! Rupa-rupanya nenek tercekik tulang ikan terubuk..... Ayah bergegas ke klinik yg berhampiran bersama nenek.

Selepas mendapat keputusan kesihatan nenek, rupa-rupanya nenek bukannya tercekik tulang. Tetapi tercekik.........GIGI!!!! nak pecah perut saya gelak dibuatnye..... Ha Ha Ha ....

Tapi yg paling kelakar adalah NENEK SAYE ADE 2 BATANG GIGI!!!

Ditulis sepenuhnya oleh; Siti Aishah Abu Samah
Diedit sepenuhnya oleh;Siti Aishah Abu Samah..

AKU DAN JOHOR 2

Hari pertama disekolah?

Bilik Pengetua
“semua kelas dah penuh ni..Cuma ada satu kelas lagi...kelas Dahlia” kata pengetua. “ kata pengetua..”tak apa..asalkan dia sekolah disini kelas apa pun saya tak kesah..”nanti saya pangil cikgu kelas dia”...aku hanya memandang sekitar bilik pengetua..”Assalamualaikum..” seorang cikgu perempuan masuk ke dalam bilik pengetua...”salam cikgu tu” kata mama...aku hanya menurut..di dalam hati takut...kecut perut alahai ingatkan dah tak payah sekolah dah haha bisik hati aku..

Koridor sekolah
Aku membuntuti cikgu kelas ku itu...sempat jugalah aku meninjau-nijau sekitar sekolah..menarik..ada banyak kolam ikan dalam sekolah ni besar pulak tu....huhu...macam-macam ada....aku dah memasang angan-angan bermain disekitar kawasan itu....sekali lagi perutku kecut...adush..macam mana ni..dah la tak ada kawan...huhu....

Bilik Darjah 2 Dahlia
“Bangun semua”....”Assalamuaalaikum dan Selamat Pagi Cikgu”..kata seorang budak lelaki yang agak berisi memberi arahan..tak silap Alif namanya ”waalaikumsalam, murid-murid ini ada murid baru pindah ke sekolah ini dia akan masuk ke kelas ini...ya”....aku hanya memandang sekitar kelas....muka..demi muka....hati aku seperti mahu menangis..segalanya sungguh asing....”awak duduk disana ya?” cikgu menunjukkan meja dibelakang kelas..meja itu dicantum enam...aku menganguk dan terus pergi..aku berjalan sambil menundukkan kepala..takut mahu melihat mereka...huhu..tiba-tiba datang seorang budak botak menghampiri aku.."pengorek ade pengorek?"..dush! kepala aku disekelnya dengan ibu telunjuknya yang dibukukan...”nah kau...”...argh aku merasa sangat pelik...kenapa mamat ni gila ke? Tanganku hanya mengosok-gosok kepala sambil hanya memandang dibawah meja..budak botak itu mengambil pengasah pensil dari budak disebelah ku...owh..pengasah rupanya...manalah aku tau pengorek tu apa..dalam hati aku berbisik..kalaulah aku tidak pindah ke sini...siapa budak lelaki itu? Huh aku masih ingat lagi namanya SYAFIQ..nama yang susah untuk aku lupakan..

Kantin Sekolah
Hari itu aku tidak ada selera nak makan...umpama dalam mimpi ngeri aku cuma membeli air coke secawan dari mesin dan berjalan keseorangan..melihat budak-budak bermain tiang..tenteng..zero point...dan macam-macam permainan yang tidak pernah aku lihat sebelum ini...di dalam hati aku Cuma rindukan roller blade ku...huargh...bayangkan persekitaran disini tidak membolehkan aku bermain roller blade aku...tiada lagi skill-skill yang boleh di improve...semuanya tinggal kenangan..Tiba-tiba seorang budak perempuan melambai-lambai kearah ku...Farhana? “Nana..sini..pergi kat tiang tu...” sejak itu aku hidup aku berubah..sejak Farhana ada aku tak sabar-sabar lagi ingin pergi ke sekolah...terima kasih Farhana..walaupun kita dah lama tak berhubung dan aku dah tak dapat lagi menjejaki kau..tapi nama Farhana Binti Supardi tak akan luput dalam fikiran aku...jauh dari sudut hati ini sentiasa merindui kehadiran kawan sejati seperti kau

Aku dan Kuala Lumpur

Aku lahir di Hospital Bersalin Kuala Lumpur pada tanggal 27 januari 1989 . Dimana pada tahun itu jugalah tahun yang mencatat sejarah Pasukan Bola Kebangsaan yang berjaya merangkul emas pada Piala Sukan Asean, sebelum kejayaan itu dirangkul sekali lagi selepas aku berusia 20 tahun. Sejak aku lahir lagi aku telah dibesarkan dikota metropolitan Kuala Lumpur. Namun selepas itu aku berpindah ke Johor Bahru kerana ayahku dipindahkan berkerja di UTM (Skudai). Lalu menghabiskan sisa persekolahanku di Sekolah Rendah Kebangsaan Senai, Sekolah Menenggah Kebangsaan Senai dan akhirnya menamatkan persekolahanku dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Universiti Satu, Skudai.

Namun setelah aku menamatkan zaman persekolahan ku. Aku dan keluarga kembali berpindah ke Kuala Lumpur. Boleh dikatakan Sepanjang aku lahir, hinggalah kini Kuala Lumpur bukanlah satu tempat asing bagi aku. Hampir segala ruang pernah aku terokai hinggalah pada satu ketika aku sedar yang aku tidak pernah langsung menerokai keindahan sebenar yang berada di Kuala Lumpur.Bayangkan aku, yang dikatakan lahir dan menetap disini tidak pernah langsung berkunjung ke Tugu Peringatan Negara, Muzium Negara, KL Tower dan banyak lagi tempat yang tidak mungkin dapat aku tuliskan disini.

Aku seorang pencinta sejarah, aku pernah bersusah payah pergi melihat sendiri dimana letaknya kawasan sejarah dunia iaitu di sepanjang sungai Penarikan yang membawa aku melihat sungai Jempol dan Sungai Perak bertemu. Kawasan yang dipangil Londar siam yang penuh dengan mitos cerita ular sawa putih dan kematian tenteranya. Istana Singgah yang menjadi tempat persingahan diraja satu ketika dahulu. Tapak surau lama yang dikira wujud kira-kira beratus tahun dahulu didepan mataku sendiri. Aku pernah pergi menerokai hutan untuk ketapak perkuburan lama yang terletak jauh sehingga kedalam belukar yang dikatakan adalah kubur-kubur perdagang yang meninggal didalam perjalanan mereka berdagang.

Aku pernah melawat keindahan sejarah Kota Melaka sebanyak lebih kurang lima kali. Aku juga pernah menelusuri tapak yang dikatakan mitos batu belah batu bertangkup. Melihat sendiri keindahan binaan Istana Seri Menanti dan mengkaji tapak warisan sejarah yang masih belum dikenali rakyat Malaysia dengan kerjasama pegawai Kemeterian Warisan iaitu En Siri Neng Buah semasa mahu membuat kajian bagi mendapat maklumat tapak warisan yang belum diketahui umum. Aku pernah diajar sedikit sebanyak bagaimana pembentukkan lembah yang masih dapat dilihat sehingga ke hari ini, bagaimana besarnya jalan air dan hasil peninggalan kesan yang menunjukkan bertapa tingginya paras dan luasnya kawasan laluan air yang kini telah dimamah zaman menjadi sungai sekecil sungai terpencil yang biasa kita lihat kini.

Benarlah kata orang, sedangkan kuman diseberang lautan kita nampak gajah disebelah kita tak tahu. Begitulah aku, maka pada tanggal 19 januari 2009 aku telah mengambil keputusan untuk pergi memberi ruang dan menjelajah ke sekitar kawasan bersejarah di Kuala Lumpur. Ketika itu baru aku tersedar kawasan yang ingin aku jelajahi itu adalah kawasan yang hampir berpuluh kali aku lalui. Namun sikap lalai dan mengambil ringan membuatkan hatiku tidak terdetik dan tertarik untuk kesitu. Apa yang hendak aku sampaikan disini hanyalah satu pengakuan ikhlas bagi mengingatkan diri aku sendiri supaya sentiasa mengambil perhatian , mengambil tahu akan apa yang berada disekelilingku sebelum aku mendekati sesuatu yang lebih jauh dan mendalam. Aku bersyukur kepada-Nya yang menyedarkan aku dari terus buta melihat kehadapan dan sempat berpaling sebelum aku tergadah dibumi sendiri.

Disini aku kepilkan secebis kenangan semasa aku melawat di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

AKU DAN JOHOR 1

AKU DAN JOHOR 1

“Ayam dan Kampung?”

Kuala Lumpur,pagi
Nama aku Noor Nazirah Hani aku lahir dan menetap di Kuala Lumpur, aku berusia 8 tahun baru sahaja masuk ke darjah dua, dan aku mempunyai seorang kekasih bernama Jefry. Dia handsome tau..rambut dia perang..hihi..Tapi aku bukan nak cerita pasal dia. Sebab aku sekarang berada dalam kereta dan nak berangkat ke Johor Bahru..pindah ke Johor Bahru.. Argh..tu dia Jef..dia sedang lambai tangan kat aku..sedihnya..sempat jugaklah die carry aku tadi naik basikal baru dia yang warna kuning tu..huh sedih..”Awak jangan lupa kita tau...” itu ayat terakhir aku pada dia.

Johor,petang
“Ayah...kita kat mana ni..” aku melihat ke kiri dan ke kanan..rumput..pokok...hutan...aduh..ayah dah panggil aku...”ye ayah! Nana nak datang la ni” aku menuju ke sebuah rumah banglo setingkat..dihadapan rumah itu kelihatan banyak pokok bunga yang berbau wangi sekali..ada nenek keluar dari rumah tu dan datang ke arah kami..”comelnye siapa nama awak ni?” ayah mencelah “Nana, salam nenek?” aku hanya patuh mengikut arahan ayah..namun selepas itu pandangan aku lari kearah luar rumah..bunyi itu...”argh? aaaa...aayah!!! ayam” aku mengejar ayam itu bagai nak gila..fuyo ayam hidup beb....tapi kerana laju ayam itu berlari tidak sempat aku menangkapnya...pergh melepas..ayah hanya memandang keluar dan menjegil mata pada aku tanda..balik la tak faham-faham lagi..haha...dengan muka selamba aku balik..Abang Epul pula sedang leka mengunyah kuih yang dihidangkan..”makanlah epok-epok tu..sementara panas” kata nenek tadi..ayah menghulurkan satu “epok-epok?”..aku pun menguyah..eh ni karipap la tapi epok-epok tu ape? Keropok kot.....

Johor, petang
Ayah dan kawan-kawannya sedang memunggah barang masuk kedalam rumah sewa. Manakala aku hanya melihat dari jauh..aku termenung melihat jalan raya besar yang tidak jauh dari rumahku..kat mana aku ni.. aku bermonolog dalam hati...”nana tengok ni” aku melarikan pandangan kepada abang epul..”tengok ni” abang epul memegang anak ayam kampung..comel gila....huh!!! “Epul lari.......” ada seekor ayam terbang ke badan abang aku...”epul dia nak anak dia bodo”...itulah terakhir kalinya kami berdua menangkap anak ayam..haha..habis abang epul gelabah dan terus lari masuk ke rumah...sejak kejadian tu terus serik kami berdua dengan ayam..

Johor,malam
“Jom kita pergi pasar malam..” kata ayah..dipasar malam macam biasa kami membeli makanan..tiba-tiba aku ternampak reban berisi anak ayam yang berwarna warni...aku dan abang epul duduk sahaja depan reban tu sambil memerhatikan anak ayam ada warna pink..biru..hijau...ish..tak boleh tahan..mata aku liar mencari mama..argh itu dia..”mak!!” mama datang kearah aku..”mak nana nak ayam ni...”...”epul pon same” abang aku mencelah....dengan gembiranya kami berdua pulang dengan binatang peliharaan baru..aku punya warna pink..epul punya warna biru...

Johor,pagi
“mak Nana dengan Abang Epul keluar kejap tau” aku dan abangku keluar menaiki basikal masing-masing..”eh epul kejap....” abang aku memberhentikan basikalnya..”jap ayam kita macam mana? Kita bawak sekali nak?”...abang naik marah..”hah yelah cepat sikit!”....lalala...aku dengan bangganya membawa ayamku menaiki basikal...aku letakkan ayamku didalam bakul bersama dengan ayam epul..sebab dia punya basikal tak ada bakul hukhukhuk...habis satu kampung kami round..tiba-tiba kami berhenti didepan pondok telefon..abang epul ni awek..awek..awek..aku bermonolog sendiri...sambil menunggu abang ku.. aku bermain dengan ayamku..tiba-tiba datang seorang mak cik..”kamu ni anak siapa?” dengan selamba aku menjawab ”anak kaseh” ...mak cik itu membuat muka peliknya...”baru pindah ke?” Tanya mak cik itu..”aah cik” aku memandang sahaja mak cik itu..”oh patutlah.....” mak cik itu beredar..patutlah apa? Aku bermonolog dalam hati.....

Kuala Lumpur,petang
Aku sedang menaip, ketika ini aku sudah pun berusia 20 tahun...barulah aku faham kenapa mak cik tu cakap ”patutlah”....hahaha...memang patutlah mak cik tu pelik...aku bawak ayam jalan-jalan naik basikal siap letak atas bahu lagi...haha...sape tak pelik.mesti mak cik tu cakap..”terejal ape budak ni bawak ayam pegi jalan-jalan kat kampong ni..tak pernah jumpa ayam ape”...aku ketawa dan tersenyum sendiri...

Hari ini ku lihat dunia..

Hari ini ku lihat dunia..

aku lihat dunia ni banyak sangat yang menarik......
tapi yang menarik itulah yang kadang-kadang tidak dilihat orang..

aku lihat dunia ini sangat sempurna..
tapi yang sempurna itu yang dicacatkan orang..

aku lihat dunia itu luas..
tapi yang luas itu dicemari fikiran sempit orang-orang diatasnya...

aku lihat dunia ini menangis
tapi tiada siapa yang mengendahkan...

aku lihat diri aku...
aku cuba untuk bahagia didunia ini...
namun dunia hanya realiti yang bakal membawa kita kepada fantasi yang hakiki...
yang azali...

ku jentik semut itu...

Awini aku sangat bad mood....
dengan perubahan cuaca berlaku bersama-sama dengan perubahan badan yang juga turut berubah membuatkan hormon badan semakin tidak stabil. aku rasa semakin geram dan perasaan marah tiba-tiba hadir tidak tahu kenapa ish period datang lagi....hukhuk.....

Dala tengah marah....semua orang yang ada kena marah ngan aku...huhu....kesian semut kena jentik ngan aku....time tu aku ngah termenung..dia plak yang jadi mangsa aku..hukhuk...sowi semut..habis ko tercampak dari tingkat dua rumah aku....huwaaaaa...

Sangatlah tak seronok bila aku dah bunuh binatang hari ini...aku sangatlah tak suka membuat kerja yang terkutuk begitu..then ngan orang yang aku sayang pun jadi mangsa...cian dia...nasib baiklah dia penyabar huwaaaa....padahal aku ni....nak mandi pun sempat halau semut pegi jauh-jauh dulu...

apa-apa pun...hari kemarahan memang sedang menghantui fikiran sekarang...walaupun dalam mood happy cuz MALAYSIA VS VIETNAM MENANG 1-0.....

bak kata orang melayu :
genggam bara biar sampai jadi debu

Teksi Oh Teksi

Ada satu pagi ni..aku terlambat untuk ke tempat kerja "Astro" jam pula dah menunujukkan pukul 8.45pagi. Maka, bererti, bas yang disediakan sudah terlepas. Aku hanya akur dan mengambil keputusan untuk mengambil teksi untuk ke sana.

Maklumlah, pagi-pagi mata pula asyik mengantuk. aku dengan bersahaja merehatkan diri sambil menutupkan mata seketika didalam teksi yang aku naiki. Namun sebelum itu aku sempat memanjangkan leher melihat ke arah meter box yang menunjukkan kadar pergerakkan yang normal sahaja. setelah terlelap beberapa ketika. aku pun bukak la mata luas-luas terkejut melihat meter box yang laju sekali pergerakkan nombornya.

RM4.70......Selepas enam saat RM4.80....Baru je toleh keluar tak sampai 7saat..RM4.90...
wah...ini sangat menarik. perjalanan masih panjang..tapi harga teksi semakin naik dengan laju sahaja. aku membuat muka selamba sekali. Aku memanjangkan leher sekali lagi membaca sticker yang ditampal dihadapan dashboardnya...ape?? setiap 21saat naik 10sen...hatiku semakinlah bertambah berangin.

Mata aku dengan slumber melihat meter kelajuan kereta pakcik teksi ni..huh? 40 kilometer persaat....hanya Allah sahaja yang tahu bertapa marah aku pada ketika itu. sudahlah jalan luas senyap sunyi pakcik ni boleh bawa kereta seperti bercinta ditaman bunga. Mataku melihat lagi, memandang atas..bawah..atas bawah..hish..sah pakcik ni melayu..dalam hati aku sangat kesal.. mengapakah perlu dibuat begini..menipu bangsa sendiri...

teksi kini tiba diperkarangan Astro, Aku hanya diam semasa ingin membayar bil teksi itu.. dengan selamba pakcik itu bersuara RM7.90 cik? Aku hanya mengeluarkan note 10 dari dompetku..aku keluar dengan rasa sangat kesal..sempatlah jugak aku hempas pintu teksi pakcik tu...

bukan nak bersikap kurang ajar..tetapi puas kita orang melayu menaikkan kaum kita..membersihkan nama kaum kita..tapi segelintir orang melayu seperti inilah yang ,mencacatkan nama MELAYU..
Ibarat kata pepatah melayu :
"kerana nila setitik rosak susu sebelanga"

Jangan jadi mangsa fesyen??

Baru-baru ini aku ada baca satu buku, fesyen adalah hanya satu bahan streotaip yang berpura-pura. maksud yang ingin disampaikan penulis ialah supaya masyarakat kita menyedari bahawa sememangnya fesyen seolah-olah mengambil berat tentang kehendak kemahuan dan keperluan semasa kini. Namun begitu sebenarnya mereka sebenarnya cuba memanipulasi manusia untuk tertarik dan mengikuti setiap trend yang sengaja diwujudkan bagi melariskan sesuatu yang dikeluarkan.Di dalam buku itu dapat aku lihat yang penulis cuba memberi kesedaran supaya berhenti dari berfesyen kerana fesyen itu tidak mempunyai kebaikkan dan berfesyen itu seumpama lari dari bayang-bayang sendiri.

Sebenarnya niat penulis amatlah mulia, namun bagi aku. jika tiada fesyen dalam kehidupan bagaimanakah agaknya manusia. ingin kelihatan cantik, itu adalah naluri biasa bagi semua orang. jadi adakah salah jika kita adalah diantara individu yang terbelenggu dalam fesyen. mungkin hujah-hujah ku tidak berasas dan tidak bakal setanding dengan penulis buku itu. ini hanyalah luahan hati dan perasaan diri ku sahaja.

Fesyen, apa itu fesyen? bagi aku ianya adalah sangat umum untuk di skopkan. bagi ku, fesyen bermaksud cara pemakaian dan pembawaan mengikut keselesaan. pemakaiannya adalah satu bentuk ekspresi diri bagi menonjolkan profail yang membuatkan kita berbeza dari orang lain. mungkin secara tidak sengaja cara pembawaan dalam pemakaian kita sama dengan orang lain. namun itu tak bermakna kita meniru atau menjadi pengikut fesyen yang dibawanya. bagiku, bagi sesiapa yang tidak selesa dengan cara pembawaan dalam pemakaiannya adalah seorang pesakit mental yang kronik, kerana mereka hanya tahu meniru pesonaliti orang lain tanpa menghiraukan kesesuaian dan keselesaan yang sepatutnya menjadi faktor utama kita dalam berpakaian.

13/05/2009

Dah lama aku tak online dalam tagged...dan selama itulah bermacam-macam pengajaran aku hadapi..aku belajar erti hidup..selama peningalan aku....macam-macam peristiwa terjadi membuatkan aku bersyukur dengan apa yang aku miliki....selama ini..dalam sedar dan lupa....ramai lagi yang berada diluar sana yang terpaksa menjalani hidup dengan lebih susah daripada yang aku dapat bayangkan...membuatkan aku lebih berhati-hati dalam menilai hidup aku yang selama ini tidak aku hargai sebaik-baiknya..melihatkan manusia disekeliling aku yang bergolak dengan masalah sedang bertarung hidup tanpa pernah mengalah...membuatkan aku malu dengan diri sendiri yang kadangkala cepat mengaku kalah dengan kehidupan aku....

30/04/2009

harini aku dengar lagu isabella yang telah dinyanyika kembali oleh Joe flizzow..aku terfikir sejenak ketika memahamkan maksud lirik yamg dicipta oleh beliau..memang aku akui..jatuh cinta bukan perkara yang susah...dengan melihat seseorang manusia sudah mampu jatuh cinta...cuma waktu dan masa yang menentukan samada kita akan jatuh cinta pada seseorang dengan mudah atau tidak...mendengarkan lagu ini mengingatkan aku pada masa silam..ketika aku jatuh cinta pandang pertama dengan seseorang..namun kerana terlalu mudah jatuh cinta aku telah mencintai lelaki lain dalam waktu yang sama..cinta memang dilahirkan untuk menguji manusia untuk belajar erti setia, kejujuran dan pengorbanan..bagi aku cinta itu satu pengajaran yang cukup baik dalam kehidupan...cinta adalah satu pengajaran psikology yang amat berkesan...seperti firman Allah..Iaitu Allah hanya akan menguji umatNya dengan dugaan yang dapat umatNya atasi dan Allah tak akan menguji umatNya jika umatnya belum cukup bersedia untuk menerima sesuatu ujian dariNya..bagi aku cinta menyiapkan diri kita untuk menerima dugaan yang lebih besar...contohnya jika kita putus cinta dan kita berasa sangat kehilangan..maka itu adalah satu pembelajaran untuk diri kita supaya bersedia untuk menghadapi kehilangan yang lebih besar lagi.contohnya kehilangan ibu bapa atau orang yang lebih kita sayang...

27/04/09

Hari ini aku telefon mama aku..rindu betul dia kat aku...macam-macam retorik mama buat supaya dapat tarik aku balik ke rumah cepat.. terkenangkan kembali zaman remaja dulu..aku selalu merungut dan berangan-rangan nak cepat-cepat jadi besar dan dewasa macam abang-abang aku..tapi bila dah besar ini rasanya seronok betul jadi budak-budak...macam itulah ragam manusia...sentiasa tak puas dengan apa yang ada...aku juga begitu...aku benci betul pergi ke sekolah dulu...azam dalam hati nak cepat-cepat keluar dari sekolah dan masuk ke universiti....tetapi kini aku bahagia dengan hidup ku...disayangi keluarga..dan ditemani orang-orang yang mengasihi aku...tidak tahu sampai bila kebahagiaan ini akan berlanjutan...namun aku sentiasa berdoa dan bersyukur dengan kurniaannya..ALHAMDULLILAH...

26/04/2009

Buat kali pertama untuk tahun ini aku menjejakkan kaki ke majlis perkahwinan seorang rakan sekerja Abang Adib..hati tercuit apabila berada dalam majlis tersebut. Walaupun majlis tersebut cukup sederhana namun kebesaran hati tuan rumah yang menjemput kami ke majlis perkahwinan ini jelas terlihat diwajahnya. turun sahaja dari kereta kami dijemput dengan mesra oleh tuan rumah untuk menjamu selera. melihatkan penduduk yang datang cukup mesra dengan kami membuatkan aku berasa tidak jangal dengan persekitaran yang baru itu. Bagi aku inilah pertama kalinya dalam hidup aku datang ke majlis perkahwinan yang cukup sederhana tetapi penuh dengan keberkatan seperti itu. bukan mahu mengatakan majlis-majlis perkahwinan lain tidak bagus dimata aku. cuma semua majlis yang pernah aku pergi selama ini bagi aku hanya majlis penuh dengan kemewahan dan lebih kearah bermegah-megah dari mahu mencapai tujuan yang sebenar.

Pages

Powered by Blogger.

Copyright © / IniNoorNazirahHani

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger