setuju tak?

setuju tak kalau aku kata..

cinta dizaman persekolahan adalah cinta yang sia-sia..cinta gila...kerana cintanya lebih rapuh..lebih berkhayal...lebih membuai diri...kita menjadi lupa..terlalu menikmati cinta...sehinggakan jiwa memberontak pada ibu bapa...hilang kawan...hilang pertimbangan...semuanya seperti gelojoh mencari titik nokhtah yang masih jauh didepan..

setuju tak kalau aku kata..

kerana cinta kita hilang kawan..hilang sedara..hilang keluarga..juga hilang identiti diri....tanpa mata yang dibuka luas-luas..mungkin cinta buat kita hanyut dalam gengaman syaitan yang mahukan manusia bermusuhan sesama saudaranya..tika itu kawan yang benar menjadi salah..demi kerana mempertahankan cinta yang tidak kita tahu titik noktahnya..dan akhirnya kita sendiri menyesal ditinggalkan sidia..

setuju tak kalau aku kata..

masa muda dulu...kita memberontak pada ibu bapa..namun bila mencapai dewasa..kita tersedar semua yang dikatakan adalah benar..lalu merasa berdosa apabila hati yang menjaga kita telah kita lukakan dengan hujahan kita yang pernah kita banggakan..lalu dipagi raya kita memohon kemaafan..dengan bercucuran air mata keinsafan..menyedari wajah yang menjaga kita itu..sudah dijamah usia..tangannya penuh kedut...sejuk...kerana terhakis usianya menjaga kita..demi memberi kita keselesaan hidup di dunia..

setuju tak kalau aku kata..

kadang-kadang..bila kita berjalan kita rasa malu...malu dengan diri sendiri..namun bila melihat sendiri...darjat atau rupa hanya permainan mimpi yang tidak ada kesudahannya...lalu ketika itu kita sedar dengan pepatah ukur baju dibadan sendiri..masakan cicin emas disarung orang...cantik dipakai orang lain...kerana kita hanya diri kita...yang penuh pendirian yang kita sendiri tetapkan..jika hidup tiada batasan..dimanakah letak nilai keselesaan..

setuju tak kalau aku kata..

kadang-kadang kita lupa...apa yang kita miliki itu hak orang lain...kemewahan yang ada milik orang lain...gaji yang dimiliki sebahagiannya ada milik orang lain..pernah tak kita kehilangan hp..laptop atau dirompak? cuba berhenti sejenak dan berfikir sebentar..adalah wang yang kita gunakan selama ini tidak pernah dikongsi kepada yang berhak..sudahkah kita berikan kepada ibu bapa..kawan-kawan...anak yatim..atau fakir miskin...jika tidak..mungkin barang yang kita hilang itu adalah sebagai ganti rugi tanda kita alpa memberi kepada yang berhak..jadi gunakanlah rezeki yang dikurniakan dengan baik..tanpa melupakan yang lebih memerlukan..

jadi setuju tak dengan apa yang aku kata???

5 comments:

  1. cinte itu buta.
    tp cinta la mengajar kite erti kedewasaan.

    Ape yg aku nmpk cinta zaman sekarang cume pd pangkat & harta..
    Andainya kite miskin & rupa pun alahai biase2 je.
    Pikir2 kn la. Jgn la nk berangan..

    P/s : Dulu aku pn ade kekasih yg masih belajar tp .. sedih la nk cite.. Biar la bulan bicara sendiri..

    ReplyDelete
  2. bukan cinta tu jahat...cuma nak katakan tentang apa yang kita lupa katr cni je...saya tau cinta tu mengajar kita dewasa dan memberi kita pengalaman untuk meghadapi masa depan yang bakal tiba....

    ReplyDelete
  3. cantek2 template baru...
    cute...

    ReplyDelete
  4. U pna ade 1 st love.
    & still bersame lg ke..

    ReplyDelete
  5. Setuju...
    Cinta zaman sekolah sia-sia belaka..tapi cinta tidak buta..
    Cinta,kalau buta sampai sekarang semua org pun takkan dapat pasangannya masing-masing..Adam dengan Hawa mungkin tak akan ada..
    asyik membabi buta tanpa arah tujuan..
    cinta buta sebab manusia..
    manusia itu sendiri yang membutakan dirinya...
    buta dalam menilai..buta dalam memahami..buta dalam mencintai..
    buta dalam menghargai..
    menyondol tanpa bimbingan..yang dikejar belum tentu ditemui dan didapatkan..

    Setuju...
    kadang-kadang cinta itu pedih dan menyakitkan..
    kerana ia ingin mengajar kita...menjadi dewasa..
    cinta abadi susah dikecapi..
    dan selalunya penuh ranjau dan duri..
    perlukan pengorbanan dan pengertian..kejujuran dan kesetiaan..toleransi..supaya dapat bertahan..dan mengecapi bahagia dihari kelak..

    Setuju
    bila kita bertindak melulu menurutkan perasaan,ibu bapa,keluarga kita belakangkan demi keselesaan diri sendiri yang fana..kita terkejar-kejar ingin memuaskan hati orang yang salah dan melupakan orang yang sepatutnya kita hormati dan sayangi..

    Namun ingatlah Allah senantiasa mencintai kita sejak kita dilahirkan hingga ke akhir zaman...

    Guru terbaik adalah pengalaman..
    Yang sudah berlalu itu jangan diungkit-ungkit tapi jangan kita lupakan..belajar dari kesilapan untuk terus melangkah ke depan..

    ReplyDelete

Pages

Powered by Blogger.

Copyright © / IniNoorNazirahHani

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger