kapilari Lukisan ku


Aku tak letak kau dalam lukisan ku,kerana kau lebih berharga dari itu,

aku tak senyum selalu padamu,

kerna aku tidak mahu kau bosan padaku,

bila aku bercerita,

aku tahu kau mendengar,

namun bila kau bercerita,

aku terleka,

melihat keindahan dirimu,

sehingga kau lalu berpaling,

meninggalkan aku,

aku tak putus harapan,

bila kau jauh dari sisi,

kerna hati masih yakin,

kau mencintaiku dalam hati,

kau selalu berkata aku,

tak pernah mencintaimu,

sedangkan perbuatan selalu menzahirkan perasaanku itu,

jika kau tak penting,

mungkin namamu xpernah wujud dalam dairiku,

dalam keadaan hampa,

aku melihat bintang yang menjadi igauan mu,

walaupun aku tahu aku tiada,

pabila kau pandang kerdipan itu,
aku mahu kau tersenyum,

aku mahu kau gembira,

namun mungkin caraku,

tak merelevankan logikmu,

kerna ruang kosong yang kau miliki kini,

lebih wajar diisi dengan dia,dia yang kau sayangi,

aku sanggup melihat kau dari jauh,

kerana keinginanku mewajarkan perasaan,

meskipun pahit.

aku tak mahu melukiskan engkau hanya didalam lukisan ini,

kerana lukisan dirimu sentiasa ku bawa dalam hatiku,

tuk menjalani hidup me
ski tanpa mu.

Aidilfitri Yang Sempurna Buat "AKU"







Realiti cinta sempurna..

Cinta bukan hanya untuk dimiliki,
ianya perlu dijaga,
dilayani,
disayangi,
dibelai,
difahami,

aku tahu,

namun realiti cinta,
tiada yang begitu,

kata kuncinya pengorbanan,
sudikah kau berkorban?

Jika ya,

bahagia adalah jawapannya,
maka jika sebaliknya,

nescaya bahtera itu akan berkecai jua,

kerana tiada yg bisa sempurna,

kuncinya,
ada padamu,

pilihlah kerana kau yg akan menyempurnakan hubungan suci itu,
maka perolehilah kebahagian sejati,

jika itu yang kau pilih.

Hentikan realiti..

Air mata ini menitis,
kaku aku menahannya,
racun itu membeku lalu membunuhku,

kini dirimu kian jauh,
aku ingin hidup dalam mimpi ngeri,
mindaku bergelut sendiri,

ku biar kaca itu mengoyak jiwa ku,
jika perlu aku gantikan jiwa ini,
sebagai tanda cinta kita,

mungkin bukan ini yang mu cari,
maafkan aku kasih,
aku lemas dalam dakapanmu,

namun aku ingin kau tahu,
cintaku untukmu,

yang pasti hanya padamu,

namun kini,

ku benarkan kebahgiaan menghalau kita,

kini ku terima kau telah tiada,

kini aku terjaga,
tiada lagi dipelukmu,

Ku dakap ruang kosong ini,
biar pun sekadar memori,

aku dan juga dia.

Aku tahu...

Berhenti jika kau xmahu lagi melangkah,
aku tahu bukan jalan ini yang kau tuju,

lepaskan tanganku jika kau lelah,
aku bukan lagi penawarmu,
palingkan wajahmu dariku,
aku tahu dimatamu tiada aku,

hentikan senyuman itu,
kerana racunnya membunuh jiwaku,

lepaskan tanganku,
hentikan semua dusta,
benarkan aku berlari,
aku lebih rela sendiri,
tak rela melangkah bersama bayanganmu,

ya aku juga tidak mahu,

mungkin kini kaki ku tersangkut duri,
tapi percayalah duri itu akan mengubat luka itu,
memberi nafas baru,

ku percaya ada cahaya dihadapanku,
menunggu menyambut kemenangan aku,
didunia baru itu.

ku ada kekasih...

Aku baru bangun dari mimpi,
kau datang lagi,
puas aku mencari,
tak juga ku temui,
yang pasti,
aku pasti,
satu hari nanti ku kan temui,
dirimu,
kekasihku dalam mimpi,

aku mahu kau tahu,
aku setia padamu didunia realiti,
xrela kehilanganmu,
aku mahu kau hadir lagi,
temani mimpiku,
wahai bidadari,

tunggu malam hari,
akan ku lelapkan mataku,
aku tahu kau menunggu,
ku nanti mu disitu,
kau pasti disitu,

setia menanti mendengar ceritaku,
bahagia melayani diriku,
sungguhku mahu,
kau tahu,

kau lah kekasihku dalam mimpi.

Adik ku..

Bibir umpama dijahit,
mata ku pedih,
dada ku kian sesak,
wajahmu membiru,
kau ketakutan,

ku gengam tanganmu,
ku peluk tubuhmu mendekatiku,
akhirnya kau rebah,
jasadmu ku dakap erat2,
melayang aku membawamu,
hati ini bergetar sesak,

ku lihat tangan kecil mu,
ada lebam disitu,
lebam semalam tika aku mencubitmu,
jantungku kian memecut,
debu demi debu aku helakan juga,

tiada lagi harapan,
tangisanku terhenti,

ditabir itu ku lihat cahaya dirimu disana,
kau hulurkan tanganmu,
kita berlalu,

namun ku lihat jasadku kaku erat memelukmu,
kita ditelan bersama abu itu.

akU DAn UNiversiti

Aku merupakan pelajar dari satu pusat institusi pendidikan tinggi awam iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mengambil program Diploma Penulisan Seni Layar, dibawah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik. Pada mulanya ramai rakan-rakan aku bertanya, mengapakah aku memilih program ini. Apa yang aku jawab, ya..bagi menyambung generasi 'tok wan' aku..iaitu 'Suhaimi Hj Muhammad' tidak perlulah aku nyatakan siapa beliau..

Aku berbangga kerana dapat menyambung legasi perjuangan 'tok wan' aku dalam dunia penulisan. Meskipun dengan rendah dirinya aku akui, aku tidak sehebat beliau. Karyaku tidak pun sebanyak mana dan aku hanya menulis secara persendirian buat masa ini. Aku juga berharap dapat menjadi penulis tegar,maaf jika bahasa ini agak kasar. Namun bagi aku, penulis tegar yang aku maksudkan adalah 'seorang penulis yang tidak jemu-jemu menulis saban hari tanpa kenal putus asa dan penat' kejujuran cinta dalam dunia penulisan itu yang aku maksudkan.

Aku mula mencintai dunia penulisan sejak awal persekolahan aku. Aku ingat setiap kali pulang dari sekolah pen dan kertaslah menjadi peneman tidurku. Tangisku,tawaku dan kenanganku. Semua ku lahirkan dalam tulisan. Baik dari sajak,cerpen mahupun diari. Aku memang bukan penulis biasa, yang biasanya suka dan cinta untuk membaca berjilid-jilid novel. Maaf aku lebih rela membaca buku dari bidang sejarah, aku sukakan fakta, kisah keagamaan ,motivasi dan segala info sains mahupun keajaiban. Jujur aku katakan aku tidak mempunyai ketekunan membaca novel jika hendak dibandingkan ketekunan aku membaca buku berkisar sejarah.

Aku mencintai penulisan yang lebih ke arah fakta dari berfantasi. Maaf mungkin aku tidak 'versatile' dalam memilih naskhah pembacaanku. Kini perasaan pada seni kian membara dalam jiwaku. Aku mula belajar, seni lakonan, teater, kebudayaan, filem, visual, dan cara menulis itu sendiri. Terima kasih pada pensyarahku..yang juga merupakan teman 'tok wan' ku iaitu Abdul Ghafar Ibrahim, atau lebih dikenali dengan gelaran AYAH 'AGI' yang membuka mataku kearah cahaya yang lebih terang dalam mengariskan gaya penulisan aku.

Semoga ilmu yang telah aku tuntut dan pelajari selama ini akan mampu mengubah aku menjadi penulis berjaya satu hari nanti. Sudah 6 semester berlalu aku bersyukur dapat menamatkan pengajianku tanpa sebarang masalah. Berkat kerjasama dan bantuan serta dorongan keluarga, pensyarah dan juga kawan-kawan, ingin aku merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka semua. Budi dan jasa akan aku kenang selagi jiwa dikandung badan..amin

Le Tour DE Melaka

Aku sebenarnya dah lama tak update blog..jadi bila berkesempatan ni aku upload la gamba aku semasa baru-baru ini..aku pergi bercuti sebentar di Melaka...sebenarnya percutian ini tidak dirancang dan dibuat secara mengejut...



semasa ini aku berada dalam kereta..baru sahaja melepasi pantai..dan juga Eye On Malaysia..ketika ini kami masih dalam usaha mencari "parking" yang amatlah susah untuk ditemui..sambil itu sempatlah aku mengapcure" gambar disekitar aku..



gambar ini sebenarnya ditangkap semasa wakyu malam..malam sebelum penggembaraan aku berjalan...maklumlah topup habis..alang-alang keluar dari resort aku dan Shahfaliq keluar bersiar-siar dulu..haha..gambar ini dididepan bangunan Merdeka..



itulah pemandangan Muzium Melaka sebelum aku melintas dari seberang jalan..



tengok sempat lagi pelancong bergambar..ehehe..aku curi-curi tangkap gambar ni..
gembira nampak aunty ni..peace!!



aku menjengguk A'Famosa dari atas..puh ramai orang hari ini.sambil itu mengambil angin sebentar..kerana cuaca yang sangat panas di Melaka...



aku bersedia untuk turun ke tangga menuju ke A'Famosa..kelihatan orang yang berpusu naik dan turun...berpeluh babe!



tantara!! sampai jugaaaa!! ke A'Famosa yang pemes nih..



gambar ini ditangkap di tepi bangunan muzium UMNO..oleh kerana penat aku landing sekejap..rantai besi yang aku pegang itu tersangatlah berat rupanya!! uhuks..




last sekali aaku tinggalkan kamoo dengan pemandangan bangunan melaka yang bermacam-macam tinggalan sejarahnya...

My Luvly Besday!!

27.01.2010 usia ku pada hari ini telah menjangkau 21 tahun..Allahamdulillah aku masih lagi berdiri di dunia agung ciptaan Allah ini dengan keadaan yang aman dan bahagia.Masih lagi bersyukur dengan nikmatnya atas kesenangan dan kemakmuran hidup yang telah aku miliki selama ini. Bersyukur kerana diberi kesihatan dan keluarga yang bagiku cukup membahagiakan.

Detik 12 malam tepat tarikh 27hb Januari 2010 menandakan harijadiku menjelma..ketika itu aku berada di Kolej Puncak Perdana dibilik kawanku..Nana dan Liya..ada Skrip yang harus disiapkan...ketika itu jugalah talian telefonku Celcom ku mula menyakitkan hati...ku lihat bar ditelefon...tiada line....haih...ok aku cuba bersabar..line mula naik perlahan-lahan..ketika itulah mesej datang berduyun-duyun..tet..tet..tet...anda telah dihubungi oleh......bla..bla...dekat 30 pangilan tidak dapat diterima....hati sakit cuma aku cuba memasrahkan diri melihat sahaja mesej keluar masuk..Jadi aku pun menutupkan mataku dengan hampa...

Apa-apapun..aku ingin berterima kasih kepada kawan-kawan yang menghantar mesej samaada di facebook atau di telefonku...khusus kepada rakan facebook seperti Darling Belle,Syahril Syazwan,Born To Be Bobot,Mohd Redzaudin Reman ,Mohd Faizal Mohd Salleh ,Mohd Kasyfil Azim, Fakarul Maulud Kamarulzaman,Nur Nabilah Mahabar,Safar Zam ,Hazirah Razali,خير اضحى مدزلن,Noorsarinawati Ahmad Sabri,Nur Azimah Hani ,Badriyah Osman, Alif Anas,Norziyana Kassim,Zuhidayah Zulkifli,Lily Azlynn ,Balqis Ibrahim,Hasanul Amir,Hadrat Zaid dan Woo Hui Kian..dan tidak lupa kepada ucapan harijadi berbentuk pesanan ringkas sms dari Abg Adib,Kak Zura,Ayah Samah,Mama,Ayah Senin,Mak Zarina,Mohd Ekhwan bin Darus,Safar,Luca dilukai,Ayu Basir,Pia,Yone,Arina,Fared Hamzah...tidak ketinggallan kepada yang menelefonku pada malam harijadiku..Tika Ahamad dan Alin..Mama..Alif Anas..Fared Hamzah..dan banyak lagi yang tidak dapat aku tulis disini..

Akhir sekali aku ingin berterima kasih kepada semua hadiah yang diberikan...





















terima kasih sekali lagi atas semua hadiah dan ucapan...Semoga sempena Ulang Tahun Kelahiran 21 tahun ini akan menjadi titik tolak perubahan dalam hidupku..Amin

Aku dan Port dickson

Alkisah..

Minggu ni aku berjalan sakanlah ye..kesana kemari..adoiyai sampai dah tak larat nak jalan lagi..dan destinasi aku kali ini pula adalah Pantai Port dickson..sebenarnya aku pergi bersama teman-temanku yang cukup akrab dah macam anak beranak dan adik beradik dah..so dah lame tak jumpa..lame ke? haha..kami pun decide la nak keluar bercuti menghabiskan waktu bersama-sama secara disengajakan..hahaha...oleh itu makanan disponsor oleh Mamu..sape? rahsia hanya kawan-kawan aku sahaja yang tahu dan faham hahahaaha...bukan sugar daddy okea..macam pak cik kitoranglah..jadi disebabkan mamu kami semua dapatlah menghabiskan masa bersama-sama rakan taulan...



inilah pemandangan dari balkoni cantik tak? cantikkan?



aku pun sempat berposing hahaa...okea la tu...



nila kawan-kawan saya yang saya maksudkan itu hihi..



sempat jugalah pegi karaoke kat lounge hotel..haha..tu Rezal..sedap suare die...sampai pagi buta jugalah diorang berkaraoke..



hait..aku baru bangun pagi okea..hukhuk..musyuk babe!!! hihihi...





yang pakai baju putih tudung biru tu..kak nurul...hehe..bangun pagi..tengahari baru turun..oklah kite makan dulu..hihi..makan untuk pagi + tengahari hehe..




sebelum aku balik..aku sempatlah termenung kat atas kerusi ni sambil menunggu ilham datang..haha..tunggu punya tunggu adoiyai tak datang-datang hihihi..ini je yang aku leh share kali ni..wait k for new update..mane lagilah tempat aku pegi..hahaha..

aku,kawan dan Air Terjun Sg. Gabai

Harini selepas presentation yang amat berat dan menyakitkan..aku,tika,nana,liya dan liza keluar untuk makan tengahari di kedai Pak Li seksyen 7..dalam perjalanan pulang didepan PKNS kami tiba-tiba berbual mengenai wet world..semasa itu terasa alangkah bahagianya jika dapat mandi air terjun diwaktu panas dinihari..tak semena-mena kami membuat keputusan untuk pergi berkelah di Sg. Gabai....wah last minute planing...seriously it was great!!

sampai je kat situ nana dah ingatkan..tangga dia tinggi tau...kau larat tak..aku dengan bangganya menjawab..ala larat aje..haha...then lepas sampai..aku tengok je tangga tu..Mak aih...tinggi bebenau....hahaha....tercungap aku naik tangga tu..tapi tak pe nak mandi air terjun punya pasai...aku redah jugak..



akhirnya berjaya jugak..aku liya tika dan nana...mendaki tangga yang amatlah tinggi..tercungap-cungap gak lah aku...haha



aku merajok...tika..ko ni..minum sowg2..aku pun penat ni babe..hihihi..



liya..still cute walaupun dah keletihan mendaki tangga..hihi..



nana...agak-agak cikit ko buli anak orang tuh...haha...cian liya nana memang kemamok tol la...hihihi



papehal pun kite posing dulu okea..hahaha...jangan jelez...kuikui...hati yang serabut bertukar menjadi lebih tenang ketika itu....



adoiyai..mase ni nana dalam proses memujuk aku untuk ikut mengelonsor sekali diatas batu-batu yang sangat la licin...aku dah la penakut...gila betoi....



adoiyai..akhirnya....berjaya jugak nana kemamok dan liya kepanda memujuk aku untuk membuat percubaan berani mati itu..habis masuk air hidung n telingga aku...nak nangis la kejap aku kan..haha..but then..i find that its was fun...hahaha..thx cuz dowg bg aku rase experience macam tu babe!..



ops..jangan jeles hehe....walaupun penat tp sangat epy okea hihi...



lastly..aku sematkan gambar ke4 kitorang...nana liya..tika..and me....

stay peace okea...

Aku,kawan dan Kuala Lumpur

Pada malam selasa yang lepas aku,Nana,Tika dan Liya telah bersama-sama mencapai kata sepakat untuk keluar OVERNITE bersama-sama sambil menikmati keindahan malam di Kuala Lumpur. Maka berikut adalah foto yang sempat dirakamkan..Maaf jika aksi-aksi kami agak HOT kerana gambar ini dirakam bukanlah bertujuan untuk dipublishkan. Ia sangat eklusif maka enjoy the moment okea..by the way its nice to hangout with u all babe..



gambar ini dirakam sebelum kami masuk ke DSB..untuk menonton filem Lu Pikir Lah Sendiri Nabil....hehe..sume dah cantik-cantik okea...kami bersiap sedia..hihi



Inilah pemandangan didalam DSB semasa tayangan diadakan..hehe...uiks kak Lin pun ada ni..



semasa ini kami di Bukit Tinggi..suhu yang amat sejuk telah memerengkan otak kami semua..hiihi...i can see nice view from there..



image ini sempat kami rakamkan..semasa kami berlegar-legar disekitar tasik..alien ini bernama tika..liya dan nana..agak-agak dapat teka tak yang mana satu diorang...haha..



terserlahlah ke tintongan kami ketika ini..hehe..kami sedang berlatih watak orang gila..haha..agak-agak siapa ek paling menyerlah..kuang..kuang..kuang..



tika..liya dan nana..hukhuk..membuat pose paling cute gitu....hehe..



aku..tika..dan nana time tu dah kehabisan idea untuk berposing di tepi Tasik Titiwangsa yang sangat sunyi dan tenang diwaktu malam...peace je babe..

Skrip apakah yang diangap “berkualiti” bagi pembikin filem Malaysia?



Hari ini aku telah melapangkan diri untuk menonton satu filem bertajuk Bohsia, hasil arahan Shamsul Haslam. Filem ini membawa penonton ke sudut hitam dengan menonjolkan kehidupan mat rempit dan bohsia secara sekilas pandang. Memperkenalkan watak wanita sebagai bahan seks ia menonjolkan lagi tangapan buruk masyarakat terhadap golongan wanita yang berpakaian seksi dan menjolok mata. Aku secara jujurnya tidak ada masalah dengan hasil kerja arahan pengarah muda ini. Sesungguhnya filem ini berjaya menyusun dengan kemas sudut koreografi aksinya.

Cuma apa yang ingin aku persoalkan adalah bertapa sempitnya ruang dan fikiran didalam cerita ini apabila ia menonjolkan sudut keburukkannya semata-mata. Sepertinya tiada unsur-unsur murni yang diselitkan bagi menyeimbangi plot-plot cerita yang disusun. Apa yang dapat dilihat hanyalah sudut negatif manusia yang selubungi masalah. Tiada usaha-usaha untuk memperbaiki diri dalam setiap individu yang dapat dilihat dalam watak . secara sekilas pandang cerita ini mungkin dapat memuaskan hati penonton yang mempunyai lapangan fikiran yang sempit. Namun dari sudut intelektualnya filem ini gagal memberi kesedaran kepada penontonnya diakhir penceritaannya.

Seperti yang sering aku katakan, filem adalah medium paling baik untuk mengubah persepsi masyarakat. Namun peluang ini tidak digunakan sebaiknya didalam filem ini. Bagi aku secara individu, amatlah rugi apabila kita menghabiskan berjuta ringit jika kita tidak mengunakan wang itu dengan sebaik-baiknya. Ya isu mat rempit berleluasan lalu membawa banyak kesan negatif secara tidak langsung kepada masyarakat. Ibu bapa menjadi semakin takut kerana anak-anak mereka yang semakin terdedah dengan bahaya dan pengaruh rakan-rakan. Aku akui filem ini berjaya membuka mata aku lalu menyedari bertapa ramainya individu yang bermasalah diluar sana. Namun mengapakah tiada unsur kesedaran atau menyelesaian masalah didalam filem ini ini.

Aku terfikir tidak pernahkah produser filem kita mengkaji secara mendalam skrip yang ingin dihasilkan sebelum ianya dihasilkan kedalam bentuk visual. Tidakkah pernah mereka mengambil kira mutu dan kualiti ceritanya atau adakah ada unsur-unsur favouritisme semasa pemilihan skrip berlangsung. Aku yakin secara realitinya banyak lagi naskhah-naskhah skrip yang berkualiti yang dipandang sebelah mata oleh pembikin-pembikin filem kita. Benar , ianya adalah hak mereka. Namun sampai bila? Jika begini filem Malaysia tidak akan maju jika dari sudut pembikinan skrip itu sendiri diambil ringan. Adakah pembikin filem kita sudah hilang selera dan tiada kemahuan yang tinggi semasa pemilihan skrip itu sendiri berjalan atau mereka hanya memandang ringan lalu memberikan harapan tinggi atas skrip yang diberikan meskipun mereka tahu hasil dan kualitinya tidak memuaskan.

Secara keseluruhannya isu yang ingin aku ketengahkan bukanlah kepada filem Bohsia itu sendiri. Siapalah aku untuk menuding jari keatas filem ini, isu ini aku ketengahkan kepada semua filem Malaysia itu sendiri. Ya aku sedar pembikin filem kini sudah bangun lalu banyak filem berkualiti dihasilkan kini namun jangan berasa selesa kerana masih ramai lagi pembikin filem diluar sana yang menerbitkan filem hanya untuk memenuhi selera dan kehendak semasa tanpa memikirkan mutu ceritanya. Sebenarnya penonton kita boleh menerima filem-filem berat namun kerana sikap pembikin filem yang takut membuatkan penonton tidak yakin menonton filem yang dihasilkan. Sepatutnya isu ini tidak perlu timbul jika pihak yang bertangungjawab memandang serius dan mencari jalan bagi menyelesaikan isu ini. Akhir kata izinkan aku menghabiskan kata-kataku dengan satu pepatah “Jangan yang dikejar tak dapat yang digendong berciciran”.

poster filem Bohsia kredit kepada : http://coldheartediceprincess.blogspot.com/2009/05/bohsia.html

Racistkah kita? Dan siapakah yang bersalah?


Baru-baru ini aku menonton satu filem bertajuk Gadoh hasil arahan Brenda Danker bersama Namron. Meskipun filem ini kelihatan sederhana, namun aku bangga filem ini berjaya menyampaikan mesejnya dengan baik. Bak kata orang kos tidak menjadi penghalang jika ada kemahuan dan juga keinginan. Malang sekali filem ini tidak ditanyangkan dilayar. Ya,aku faham mengapa dan kenapa. Mungkin ada baik dan buruknya juga.

Filem ini mengisahkan tentang dua kumpulan pelajar sekolah berlainan kaum yang sering bergaduh diantara sesama sendiri. Pergaduhan itu mendapat perhatian media lalu memaksa pengetua sekolah mereka mencari jalan supaya dapat menbersihkan kembali reputasi sekolah mereka. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila pihak kementerian mendesak supaya isu ini diselesaikan. Maka mesyuarat diadakan lalu mereka mendapat persepakatan untuk menubuhkan kelab teater hasil cadangan yang dikemukakan salah seorang guru disekolah itu iaitu cikgu Anne. Di pendekkan cerita seorang lelaki bernama Azman Hashim iaitu seorang aktivis teater telah berjaya merapatkan kembali hubungan sesama kumpulan yang sering bertelagah ini. Krisis perkauman yang membelenggu dua kumpulan pelajar bermasalah itu selama ini selesai hasil dari latihan teater yang diterapkan secara tidak langsung oleh Azman Hashim.

Cerita ini membuatkan aku tersenyum sendiri. Membuatkan aku kembali kealam persekolahan dulu. Penerapan dan garapan ceritanya bagaikan dekat dihati aku secara individu. Mungkin karyanya agak kasar dan lebih telus tetapi kerana kejujuran dalam cerita inilah yang membuatkan cerita ini berjaya menyampaikan mesej yang divisualkan dengan amat baik sekali. Bagi mereka yang jumud mungkin cerita ini tidak mungkin dapat difahami setulusnya namun niat ikhlas yang tergambar dalam cerita ini meleraikan rasa hati aku yang mendambarkan perpaduan kaum yang kuat seperti itu.

Cerita ini Berjaya menonjolkan secara terbuka dilema yang terkandung didalam fikiran kita sesama kaum. Perasaan,mentaliti,gaya kehidupan dan juga latar belakang membuatkan kita amat “racist” dalam kehidupan kita. Salah faham dan tanggapan buruk sesama sendiri membuatkan kita menjadi bangsa yang goyah dan tidak bersatu. Masalah ini mungkin adalah satu isu besar yang sukar untuk diselesaikan jika tidak diambil berat dari sudut akar umbinya.

Pengalaman , dendam dan pergolakkan kita membuatkan kita kadang-kadang mempengaruhi orang disekeliling untuk turut serta merasakan perasaan dengki dan tidak puas hati yang sepatutnya kita selesaikan dengan cara yang lebih baik. Pandangan buruk antara sesama kaum menyebabkan kita membenci sesama sendiri, tunjangnya hanyalah kerana kita sendiri tidak langsung mahu membuka hati untuk memahami situasi dan perasaan sebenar kaum lain. Perasaan dianak tirikan, itulah ayat yang paling sesuai untuk kita sendiri dalami bersama-sama. Penindasan dan isu berat sebelah dipersoalkan bagi membuka mata kita semua untuk berhenti membenci sesama sendiri.

Aku faham, cerita ini mungkin agak berat sebelah apabila isu melayu dilihat masih lagi secara nyatanya tidak dikupas atau ditontonkan. Namun aku juga faham iaitu filem bukanlah seperti tong sampah yang selalunya kita campakkan semua kedalamnya. Namun dalam konteks ini aku percaya filem ini adalah satu percubaan yang baik dan berani. Menonton filem ini mengingatkan aku pada satu perkataan yang sering dilupakan oleh pembikin filem. Filem adalah satu lapangan terbaik untuk mengajar dan menyedarkan manusia walau seberat manapun isu yang diketengahkan didalamnya kerana visual itu menguatkan lagi hujah yang ingin disampaikan. Maka secara keseluruhannya dengan tema dan isu yang terfokus aku percaya mesej yang ingin disampaikan daripada filem dapat diterima penontonnya meskipun agak sedikit pahit untuk menelannya.

poster filem gadoh kredit kepada : http://loqnerd.com/2009/06/26/filem-gadoh/

Pages

Powered by Blogger.

Copyright © / IniNoorNazirahHani

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger