My Luvly Besday!!

27.01.2010 usia ku pada hari ini telah menjangkau 21 tahun..Allahamdulillah aku masih lagi berdiri di dunia agung ciptaan Allah ini dengan keadaan yang aman dan bahagia.Masih lagi bersyukur dengan nikmatnya atas kesenangan dan kemakmuran hidup yang telah aku miliki selama ini. Bersyukur kerana diberi kesihatan dan keluarga yang bagiku cukup membahagiakan.

Detik 12 malam tepat tarikh 27hb Januari 2010 menandakan harijadiku menjelma..ketika itu aku berada di Kolej Puncak Perdana dibilik kawanku..Nana dan Liya..ada Skrip yang harus disiapkan...ketika itu jugalah talian telefonku Celcom ku mula menyakitkan hati...ku lihat bar ditelefon...tiada line....haih...ok aku cuba bersabar..line mula naik perlahan-lahan..ketika itulah mesej datang berduyun-duyun..tet..tet..tet...anda telah dihubungi oleh......bla..bla...dekat 30 pangilan tidak dapat diterima....hati sakit cuma aku cuba memasrahkan diri melihat sahaja mesej keluar masuk..Jadi aku pun menutupkan mataku dengan hampa...

Apa-apapun..aku ingin berterima kasih kepada kawan-kawan yang menghantar mesej samaada di facebook atau di telefonku...khusus kepada rakan facebook seperti Darling Belle,Syahril Syazwan,Born To Be Bobot,Mohd Redzaudin Reman ,Mohd Faizal Mohd Salleh ,Mohd Kasyfil Azim, Fakarul Maulud Kamarulzaman,Nur Nabilah Mahabar,Safar Zam ,Hazirah Razali,خير اضحى مدزلن,Noorsarinawati Ahmad Sabri,Nur Azimah Hani ,Badriyah Osman, Alif Anas,Norziyana Kassim,Zuhidayah Zulkifli,Lily Azlynn ,Balqis Ibrahim,Hasanul Amir,Hadrat Zaid dan Woo Hui Kian..dan tidak lupa kepada ucapan harijadi berbentuk pesanan ringkas sms dari Abg Adib,Kak Zura,Ayah Samah,Mama,Ayah Senin,Mak Zarina,Mohd Ekhwan bin Darus,Safar,Luca dilukai,Ayu Basir,Pia,Yone,Arina,Fared Hamzah...tidak ketinggallan kepada yang menelefonku pada malam harijadiku..Tika Ahamad dan Alin..Mama..Alif Anas..Fared Hamzah..dan banyak lagi yang tidak dapat aku tulis disini..

Akhir sekali aku ingin berterima kasih kepada semua hadiah yang diberikan...





















terima kasih sekali lagi atas semua hadiah dan ucapan...Semoga sempena Ulang Tahun Kelahiran 21 tahun ini akan menjadi titik tolak perubahan dalam hidupku..Amin

Aku dan Port dickson

Alkisah..

Minggu ni aku berjalan sakanlah ye..kesana kemari..adoiyai sampai dah tak larat nak jalan lagi..dan destinasi aku kali ini pula adalah Pantai Port dickson..sebenarnya aku pergi bersama teman-temanku yang cukup akrab dah macam anak beranak dan adik beradik dah..so dah lame tak jumpa..lame ke? haha..kami pun decide la nak keluar bercuti menghabiskan waktu bersama-sama secara disengajakan..hahaha...oleh itu makanan disponsor oleh Mamu..sape? rahsia hanya kawan-kawan aku sahaja yang tahu dan faham hahahaaha...bukan sugar daddy okea..macam pak cik kitoranglah..jadi disebabkan mamu kami semua dapatlah menghabiskan masa bersama-sama rakan taulan...



inilah pemandangan dari balkoni cantik tak? cantikkan?



aku pun sempat berposing hahaa...okea la tu...



nila kawan-kawan saya yang saya maksudkan itu hihi..



sempat jugalah pegi karaoke kat lounge hotel..haha..tu Rezal..sedap suare die...sampai pagi buta jugalah diorang berkaraoke..



hait..aku baru bangun pagi okea..hukhuk..musyuk babe!!! hihihi...





yang pakai baju putih tudung biru tu..kak nurul...hehe..bangun pagi..tengahari baru turun..oklah kite makan dulu..hihi..makan untuk pagi + tengahari hehe..




sebelum aku balik..aku sempatlah termenung kat atas kerusi ni sambil menunggu ilham datang..haha..tunggu punya tunggu adoiyai tak datang-datang hihihi..ini je yang aku leh share kali ni..wait k for new update..mane lagilah tempat aku pegi..hahaha..

aku,kawan dan Air Terjun Sg. Gabai

Harini selepas presentation yang amat berat dan menyakitkan..aku,tika,nana,liya dan liza keluar untuk makan tengahari di kedai Pak Li seksyen 7..dalam perjalanan pulang didepan PKNS kami tiba-tiba berbual mengenai wet world..semasa itu terasa alangkah bahagianya jika dapat mandi air terjun diwaktu panas dinihari..tak semena-mena kami membuat keputusan untuk pergi berkelah di Sg. Gabai....wah last minute planing...seriously it was great!!

sampai je kat situ nana dah ingatkan..tangga dia tinggi tau...kau larat tak..aku dengan bangganya menjawab..ala larat aje..haha...then lepas sampai..aku tengok je tangga tu..Mak aih...tinggi bebenau....hahaha....tercungap aku naik tangga tu..tapi tak pe nak mandi air terjun punya pasai...aku redah jugak..



akhirnya berjaya jugak..aku liya tika dan nana...mendaki tangga yang amatlah tinggi..tercungap-cungap gak lah aku...haha



aku merajok...tika..ko ni..minum sowg2..aku pun penat ni babe..hihihi..



liya..still cute walaupun dah keletihan mendaki tangga..hihi..



nana...agak-agak cikit ko buli anak orang tuh...haha...cian liya nana memang kemamok tol la...hihihi



papehal pun kite posing dulu okea..hahaha...jangan jelez...kuikui...hati yang serabut bertukar menjadi lebih tenang ketika itu....



adoiyai..mase ni nana dalam proses memujuk aku untuk ikut mengelonsor sekali diatas batu-batu yang sangat la licin...aku dah la penakut...gila betoi....



adoiyai..akhirnya....berjaya jugak nana kemamok dan liya kepanda memujuk aku untuk membuat percubaan berani mati itu..habis masuk air hidung n telingga aku...nak nangis la kejap aku kan..haha..but then..i find that its was fun...hahaha..thx cuz dowg bg aku rase experience macam tu babe!..



ops..jangan jeles hehe....walaupun penat tp sangat epy okea hihi...



lastly..aku sematkan gambar ke4 kitorang...nana liya..tika..and me....

stay peace okea...

Aku,kawan dan Kuala Lumpur

Pada malam selasa yang lepas aku,Nana,Tika dan Liya telah bersama-sama mencapai kata sepakat untuk keluar OVERNITE bersama-sama sambil menikmati keindahan malam di Kuala Lumpur. Maka berikut adalah foto yang sempat dirakamkan..Maaf jika aksi-aksi kami agak HOT kerana gambar ini dirakam bukanlah bertujuan untuk dipublishkan. Ia sangat eklusif maka enjoy the moment okea..by the way its nice to hangout with u all babe..



gambar ini dirakam sebelum kami masuk ke DSB..untuk menonton filem Lu Pikir Lah Sendiri Nabil....hehe..sume dah cantik-cantik okea...kami bersiap sedia..hihi



Inilah pemandangan didalam DSB semasa tayangan diadakan..hehe...uiks kak Lin pun ada ni..



semasa ini kami di Bukit Tinggi..suhu yang amat sejuk telah memerengkan otak kami semua..hiihi...i can see nice view from there..



image ini sempat kami rakamkan..semasa kami berlegar-legar disekitar tasik..alien ini bernama tika..liya dan nana..agak-agak dapat teka tak yang mana satu diorang...haha..



terserlahlah ke tintongan kami ketika ini..hehe..kami sedang berlatih watak orang gila..haha..agak-agak siapa ek paling menyerlah..kuang..kuang..kuang..



tika..liya dan nana..hukhuk..membuat pose paling cute gitu....hehe..



aku..tika..dan nana time tu dah kehabisan idea untuk berposing di tepi Tasik Titiwangsa yang sangat sunyi dan tenang diwaktu malam...peace je babe..

Skrip apakah yang diangap “berkualiti” bagi pembikin filem Malaysia?



Hari ini aku telah melapangkan diri untuk menonton satu filem bertajuk Bohsia, hasil arahan Shamsul Haslam. Filem ini membawa penonton ke sudut hitam dengan menonjolkan kehidupan mat rempit dan bohsia secara sekilas pandang. Memperkenalkan watak wanita sebagai bahan seks ia menonjolkan lagi tangapan buruk masyarakat terhadap golongan wanita yang berpakaian seksi dan menjolok mata. Aku secara jujurnya tidak ada masalah dengan hasil kerja arahan pengarah muda ini. Sesungguhnya filem ini berjaya menyusun dengan kemas sudut koreografi aksinya.

Cuma apa yang ingin aku persoalkan adalah bertapa sempitnya ruang dan fikiran didalam cerita ini apabila ia menonjolkan sudut keburukkannya semata-mata. Sepertinya tiada unsur-unsur murni yang diselitkan bagi menyeimbangi plot-plot cerita yang disusun. Apa yang dapat dilihat hanyalah sudut negatif manusia yang selubungi masalah. Tiada usaha-usaha untuk memperbaiki diri dalam setiap individu yang dapat dilihat dalam watak . secara sekilas pandang cerita ini mungkin dapat memuaskan hati penonton yang mempunyai lapangan fikiran yang sempit. Namun dari sudut intelektualnya filem ini gagal memberi kesedaran kepada penontonnya diakhir penceritaannya.

Seperti yang sering aku katakan, filem adalah medium paling baik untuk mengubah persepsi masyarakat. Namun peluang ini tidak digunakan sebaiknya didalam filem ini. Bagi aku secara individu, amatlah rugi apabila kita menghabiskan berjuta ringit jika kita tidak mengunakan wang itu dengan sebaik-baiknya. Ya isu mat rempit berleluasan lalu membawa banyak kesan negatif secara tidak langsung kepada masyarakat. Ibu bapa menjadi semakin takut kerana anak-anak mereka yang semakin terdedah dengan bahaya dan pengaruh rakan-rakan. Aku akui filem ini berjaya membuka mata aku lalu menyedari bertapa ramainya individu yang bermasalah diluar sana. Namun mengapakah tiada unsur kesedaran atau menyelesaian masalah didalam filem ini ini.

Aku terfikir tidak pernahkah produser filem kita mengkaji secara mendalam skrip yang ingin dihasilkan sebelum ianya dihasilkan kedalam bentuk visual. Tidakkah pernah mereka mengambil kira mutu dan kualiti ceritanya atau adakah ada unsur-unsur favouritisme semasa pemilihan skrip berlangsung. Aku yakin secara realitinya banyak lagi naskhah-naskhah skrip yang berkualiti yang dipandang sebelah mata oleh pembikin-pembikin filem kita. Benar , ianya adalah hak mereka. Namun sampai bila? Jika begini filem Malaysia tidak akan maju jika dari sudut pembikinan skrip itu sendiri diambil ringan. Adakah pembikin filem kita sudah hilang selera dan tiada kemahuan yang tinggi semasa pemilihan skrip itu sendiri berjalan atau mereka hanya memandang ringan lalu memberikan harapan tinggi atas skrip yang diberikan meskipun mereka tahu hasil dan kualitinya tidak memuaskan.

Secara keseluruhannya isu yang ingin aku ketengahkan bukanlah kepada filem Bohsia itu sendiri. Siapalah aku untuk menuding jari keatas filem ini, isu ini aku ketengahkan kepada semua filem Malaysia itu sendiri. Ya aku sedar pembikin filem kini sudah bangun lalu banyak filem berkualiti dihasilkan kini namun jangan berasa selesa kerana masih ramai lagi pembikin filem diluar sana yang menerbitkan filem hanya untuk memenuhi selera dan kehendak semasa tanpa memikirkan mutu ceritanya. Sebenarnya penonton kita boleh menerima filem-filem berat namun kerana sikap pembikin filem yang takut membuatkan penonton tidak yakin menonton filem yang dihasilkan. Sepatutnya isu ini tidak perlu timbul jika pihak yang bertangungjawab memandang serius dan mencari jalan bagi menyelesaikan isu ini. Akhir kata izinkan aku menghabiskan kata-kataku dengan satu pepatah “Jangan yang dikejar tak dapat yang digendong berciciran”.

poster filem Bohsia kredit kepada : http://coldheartediceprincess.blogspot.com/2009/05/bohsia.html

Racistkah kita? Dan siapakah yang bersalah?


Baru-baru ini aku menonton satu filem bertajuk Gadoh hasil arahan Brenda Danker bersama Namron. Meskipun filem ini kelihatan sederhana, namun aku bangga filem ini berjaya menyampaikan mesejnya dengan baik. Bak kata orang kos tidak menjadi penghalang jika ada kemahuan dan juga keinginan. Malang sekali filem ini tidak ditanyangkan dilayar. Ya,aku faham mengapa dan kenapa. Mungkin ada baik dan buruknya juga.

Filem ini mengisahkan tentang dua kumpulan pelajar sekolah berlainan kaum yang sering bergaduh diantara sesama sendiri. Pergaduhan itu mendapat perhatian media lalu memaksa pengetua sekolah mereka mencari jalan supaya dapat menbersihkan kembali reputasi sekolah mereka. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila pihak kementerian mendesak supaya isu ini diselesaikan. Maka mesyuarat diadakan lalu mereka mendapat persepakatan untuk menubuhkan kelab teater hasil cadangan yang dikemukakan salah seorang guru disekolah itu iaitu cikgu Anne. Di pendekkan cerita seorang lelaki bernama Azman Hashim iaitu seorang aktivis teater telah berjaya merapatkan kembali hubungan sesama kumpulan yang sering bertelagah ini. Krisis perkauman yang membelenggu dua kumpulan pelajar bermasalah itu selama ini selesai hasil dari latihan teater yang diterapkan secara tidak langsung oleh Azman Hashim.

Cerita ini membuatkan aku tersenyum sendiri. Membuatkan aku kembali kealam persekolahan dulu. Penerapan dan garapan ceritanya bagaikan dekat dihati aku secara individu. Mungkin karyanya agak kasar dan lebih telus tetapi kerana kejujuran dalam cerita inilah yang membuatkan cerita ini berjaya menyampaikan mesej yang divisualkan dengan amat baik sekali. Bagi mereka yang jumud mungkin cerita ini tidak mungkin dapat difahami setulusnya namun niat ikhlas yang tergambar dalam cerita ini meleraikan rasa hati aku yang mendambarkan perpaduan kaum yang kuat seperti itu.

Cerita ini Berjaya menonjolkan secara terbuka dilema yang terkandung didalam fikiran kita sesama kaum. Perasaan,mentaliti,gaya kehidupan dan juga latar belakang membuatkan kita amat “racist” dalam kehidupan kita. Salah faham dan tanggapan buruk sesama sendiri membuatkan kita menjadi bangsa yang goyah dan tidak bersatu. Masalah ini mungkin adalah satu isu besar yang sukar untuk diselesaikan jika tidak diambil berat dari sudut akar umbinya.

Pengalaman , dendam dan pergolakkan kita membuatkan kita kadang-kadang mempengaruhi orang disekeliling untuk turut serta merasakan perasaan dengki dan tidak puas hati yang sepatutnya kita selesaikan dengan cara yang lebih baik. Pandangan buruk antara sesama kaum menyebabkan kita membenci sesama sendiri, tunjangnya hanyalah kerana kita sendiri tidak langsung mahu membuka hati untuk memahami situasi dan perasaan sebenar kaum lain. Perasaan dianak tirikan, itulah ayat yang paling sesuai untuk kita sendiri dalami bersama-sama. Penindasan dan isu berat sebelah dipersoalkan bagi membuka mata kita semua untuk berhenti membenci sesama sendiri.

Aku faham, cerita ini mungkin agak berat sebelah apabila isu melayu dilihat masih lagi secara nyatanya tidak dikupas atau ditontonkan. Namun aku juga faham iaitu filem bukanlah seperti tong sampah yang selalunya kita campakkan semua kedalamnya. Namun dalam konteks ini aku percaya filem ini adalah satu percubaan yang baik dan berani. Menonton filem ini mengingatkan aku pada satu perkataan yang sering dilupakan oleh pembikin filem. Filem adalah satu lapangan terbaik untuk mengajar dan menyedarkan manusia walau seberat manapun isu yang diketengahkan didalamnya kerana visual itu menguatkan lagi hujah yang ingin disampaikan. Maka secara keseluruhannya dengan tema dan isu yang terfokus aku percaya mesej yang ingin disampaikan daripada filem dapat diterima penontonnya meskipun agak sedikit pahit untuk menelannya.

poster filem gadoh kredit kepada : http://loqnerd.com/2009/06/26/filem-gadoh/

Welcome 4 new intake!!!!

Pertama sekali aku ingin memanjat kesyukuran kerana aku masih lagi berada disini (Puncak Perdana)bagi menamatkan sesi pembelajaran aku dalam kursus Penulisan Seni Layar. Semoga semester ini aku bakal menamatkan pengajian ku dengan jayanya.

Berbalik kepada tajuk posted aku pada hari ini..iaitu Welcome....yang aku tujukan khas kepada pelajar baru yang sudah pun berjaya menyambungkan pembelajaran ke sini (F.A.C.T). Sebagai pelajar lama aku amat mengalu-alukan kedatangan pelajar baru yang bakal menyambung perjuangan seni yang sudah lama kita sama-sama pertahankan dari tahun ke tahun dan dari generasi ke generasi yang lain. Mungkin ada berbagai desas-desus yang telah semua pelajar baru khususnya, telah dengar berkenaan dengan kursus, pensyarah,halatuju dan juga budaya kami disini. Namun apa yang aku harapkan agar pelajar baru dapat mencuci segala minda dan mentaliti buruk yang pernah diserapkan tanpa usul periksa (jika ada)kerana besar kemungkinan ianya tidak benar.

Apa yang dapat aku ringkaskan. Bermula sahaja kaki kamu melangkah kesini jangan sesekali menyesal atau berasa rendah diri kerana disinilah kamu bakal kenal erti kehidupan. Pemikiran,gaya malah cara kamu juga bakal berubah mengikut kesesuaian lalu memajukan daya kreativiti kamu yang bakal digilap sedikit demi sedikit disini. Namun perubahan itu hanya bisa terjadi dengan 1 cara iaitu "usaha keras sendiri". Gunakan semaksimumnya daya ketajaman fikiran kamu dengan memulakan setiap "task" yang diberi dengan nilai penuh inspirasi yang inovatif dan penuh informatif.Bukan senang melepasi setiap semester, buktinya satu demi satu telah pun kecundang baik dari kesalahan sendiri mahupun nasib yang tak menyebelahi.

Jangan Jadi MANJA..diulangi MANJA...

Kenapa aku berkata begitu, kerana dunia kita penuh dengan dugaan. kamu bakal berdepan dengan seribu satu perangai dan juga pemikiran.Tiada yang sudi mengajar kamu jika kamu sendiri tidak kehadapan dan mahu bertanya sendiri. Jadi jangan sombong kerana aku yakin setiap senior disini sentiasa bersedia menolong kamu semua yang dalam kegelapan (jika ada). Jika sesiapa diantara pelajar baru yang pernah dimaki dan diherdik oleh pelajar senior. Percayalah herdikkan itulah bakal menjadi penawar apabila kamu mahu menapak kedunia realiti sebenar "dunia produksi" yang sememangnya lebih pahit. Disana tiada lagi lemah lembut dan segala adab kerana tugas utama adalah "bertindak mengikut arahan" dan "belajarlah dari????? dari YANG TAHU" kata-kata ini akan sering kali kamu dengar dari mulut pensyarah disini. Maka jangan manja kerana KAMU TIDAK AKAN BELAJAR JIKA KAMU BESAR KEPALA....harus dengar NASIHAT kerana kami tahu dan pendapat kami berdasarkan pengalaman. Jika kamu rasa kamu pandai maka kamu tidak harus berada disini...kerana kamu mungkin tersesat dari Fakulti Medic atau Law..jadi berpijak dibumi yang nyata..

Apa yang paling penting kamu tahu..
DI SINI - Jika kamu duduk diam..kamu hanya umpama kertas kosong
DI SINI - Jika kamu sombong..TIADA SESIAPA YANG RUGI
DI SINI - Tempat kamu cipta evolusi dan bukan mengekalkan tradisi (yang xrelevan)
DI SINI - Tempat mencurahkan karya..bukan duduk diam tak bermaya
DI SINI - Kamu harus cerdas,cepat,LASAK!! di ulangi LASAK!! positif apabila ditegur..
DI SINI - Tempat kamu memadam kesalahan lama..lalu mencipta satu nama jika kena cara.
DI SINI - Kamu harus berani..kerana malu membuatkan kamu dipandang hina..
DI SINI - Timba pengalaman bila-bila masa..Jangan habis belajar baru teraba-raba...



Akhir kata...kami mengalu-alukan kedatangan pelajar baru..perjalanan masih panjang jadi sekalipun jangan pernah kamu terlepas pandang kerana setiap saat merupakan pengalaman yang harus kamu rebut. Harus peka dengan peluang..dan jangan hanya melihat..harus berani mencuba..harus menghormati YANG TAHU..dan belajar dari Mereka..aku bercakap dari pengalaman..jika ada salah silap..Aku menyusun dua puluh jari...kalau tak cukup bagi tahu yea...hehehe..

sekian,wasalam

Jika Hati Ini Bisa Berbicara Tidak Mungkin Kamu Sangup Mendengarnya

Sebab yang pertama
Jikalau hatiku terdetik benci dan tak puas hati, mungkin kamu lebih sangup memekakkan telinga dari mendengar kata-kata kesatku yang tak tahu bila bakal penghujungnya. Akan terhamburlah segala rahsia dan juga kejujuran yang tersangatlah nyata sehinggakan kamu tidak akan bisa menepisnya dengan apa pun cara dan alasannya.

Sebab yang kedua
Jikalau aku terjatuh cinta..atau menyimpan rasa..sudah tentulah terburai segala jiwa dan juga perasaan yang tidak bisa digambarkan kata-kata. Maka perasaan itu mungkin tidak mahu kamu dengar bahkan mengetahuinya. Ada juga yang bakal kecewa dan juga terluka jika mengetahui isi hati ku yang sememangnya adalah satu hakikat sebenar .

Sebab yang ketiga
Jikalau hatiku berbicara.. segala keikhlasan jiwa terserlahlah , maka tidak mungkinlah ada yang berani mendampingiku ekoran kata hatiku yang umpama “laser” ini menembak jantungmu bertalu-talu lalu menjauhkan aku dari semua rakan dan buah hatiku. Mungkin juga kamu bakal tahu sejauh mana ketulusan hatiku ketika berdampingi dirimu.

Sebab yang keempat
Jikalau hatiku berkata maka ia bakal meluahkan segala niat yang terkandung dek badan, maka tiadalah lagi rahsia yang bisa dapat disimpan..meskipun hanya untuk berangan-angan..atau untuk memasang impian. Maka tiadalah keazaman yang terbit kerana bakal dibahan kawan-kawan. Maka segala yang dilakukan bakal menjadi yang terbaik kerana tidak sangup direndahkan.

Sebab yang kelima
Jikalau hati ini berbicara maka terbongkarlah segala kedengkian dan kecemburuan meskipun ia hanyalah rencah dalam kehidupan. Tiada lagi kemaafan akibat dari keegoan yang membekukan fikiran yang dapat didengari sesiapa sahaja. Jatuhlah empayar diri yang dibina penuh kemegahan kerana tersebar segala kelemahan dan juga kekurangan yang selama ini disimpan.

Maka,
Kerana itulah, Allah menciptakan dua ruang untuk manusia berbicara. Satunya bicara hati yang hanya kita sahaja ketahui. Kedua bicara komunikasi yang bisa diluahkan secara terang-terangan. Maka bersyukurlah kerana kita masih bisa menyimpan kata-kata hati kita. Bayangkan jika ianya bisa didengari...apakah yang bakal terjadi...amat menakutkan..maka bersyukurlah atas nikmat ini..amin.

setuju tak?

setuju tak kalau aku kata..

cinta dizaman persekolahan adalah cinta yang sia-sia..cinta gila...kerana cintanya lebih rapuh..lebih berkhayal...lebih membuai diri...kita menjadi lupa..terlalu menikmati cinta...sehinggakan jiwa memberontak pada ibu bapa...hilang kawan...hilang pertimbangan...semuanya seperti gelojoh mencari titik nokhtah yang masih jauh didepan..

setuju tak kalau aku kata..

kerana cinta kita hilang kawan..hilang sedara..hilang keluarga..juga hilang identiti diri....tanpa mata yang dibuka luas-luas..mungkin cinta buat kita hanyut dalam gengaman syaitan yang mahukan manusia bermusuhan sesama saudaranya..tika itu kawan yang benar menjadi salah..demi kerana mempertahankan cinta yang tidak kita tahu titik noktahnya..dan akhirnya kita sendiri menyesal ditinggalkan sidia..

setuju tak kalau aku kata..

masa muda dulu...kita memberontak pada ibu bapa..namun bila mencapai dewasa..kita tersedar semua yang dikatakan adalah benar..lalu merasa berdosa apabila hati yang menjaga kita telah kita lukakan dengan hujahan kita yang pernah kita banggakan..lalu dipagi raya kita memohon kemaafan..dengan bercucuran air mata keinsafan..menyedari wajah yang menjaga kita itu..sudah dijamah usia..tangannya penuh kedut...sejuk...kerana terhakis usianya menjaga kita..demi memberi kita keselesaan hidup di dunia..

setuju tak kalau aku kata..

kadang-kadang..bila kita berjalan kita rasa malu...malu dengan diri sendiri..namun bila melihat sendiri...darjat atau rupa hanya permainan mimpi yang tidak ada kesudahannya...lalu ketika itu kita sedar dengan pepatah ukur baju dibadan sendiri..masakan cicin emas disarung orang...cantik dipakai orang lain...kerana kita hanya diri kita...yang penuh pendirian yang kita sendiri tetapkan..jika hidup tiada batasan..dimanakah letak nilai keselesaan..

setuju tak kalau aku kata..

kadang-kadang kita lupa...apa yang kita miliki itu hak orang lain...kemewahan yang ada milik orang lain...gaji yang dimiliki sebahagiannya ada milik orang lain..pernah tak kita kehilangan hp..laptop atau dirompak? cuba berhenti sejenak dan berfikir sebentar..adalah wang yang kita gunakan selama ini tidak pernah dikongsi kepada yang berhak..sudahkah kita berikan kepada ibu bapa..kawan-kawan...anak yatim..atau fakir miskin...jika tidak..mungkin barang yang kita hilang itu adalah sebagai ganti rugi tanda kita alpa memberi kepada yang berhak..jadi gunakanlah rezeki yang dikurniakan dengan baik..tanpa melupakan yang lebih memerlukan..

jadi setuju tak dengan apa yang aku kata???

Aku dan 2010

Azam dan tahun baru 2010?

2010

mula-mula sekali, ingin aku memanjatkan kesyukuran yang amat sangat ke hadrat ilahi diatas izin-Nya aku masih lagi bisa merasai kehidupan yang sementara ini..masih dapat ku rasai limpahan barakah dan rahmat yang dihujankan ke bumi Allah yang gah ini sekali lagi..jadi untuk jangka masa ini aku terfikir sejenak..apa yang telah aku lakukan pada tahun lepas...apa yang telah aku sumbang untuk diriku..keluargaku..dan saudaraku sepanjang tahun 2009 berlalu..Alhamdulillah...aku sudah melakukan yang terbaik dan yang termampu..

31/12/2009. petang

aku mempunyai temu janji dengan bekas rakan sepejabatku di Astro, pukul enam kata mereka aku harus berada disana di stesen LRT Bukit Jalil, dalam perjalanan jalan agak suram..aku hanya diam menatapi pemandangan luar LRT. Termenung sahaja didalam hati rasa bersalah kerana masa yang semakin suntuk...aku telah lambat..

31/12/2009. malam

sudah sampai ke perkarangan Jusco di Bukit Jalil, aku dan kawan-kawan memilih filem DID YOU HEAR ABOUT THE MORGANS?" agak menyesal selepas menontonnya...tersangatlah bosan..namun kawan ku yang seorang ni enjoy gila..ianya membuatkan aku tertanya-tanya..dari sudut dan aspek apakah yang menarik minatnya menonton filem itu..namun filem itulah filem yang menjadi penutup tahun 2009 pada diriku..

31/12/2009. hampir tengah malam

aku dalam perjalanan pulang..sebagai penutup..buat pertama kalinya aku berseorangan mengambil LRT Putra untuk sampai ke Masjid Jamek lalu menukarkan tren ke LRT STAR..untuk menyambungkan perjalananku ke bandaraya..di dalam perjalanan aku terserempak dengan seorang pakcik lalu dengan sopan aku membalas senyuman yang dilemparkan..dalam keadaan ragu-ragu aku menebalkan muka lalu bertanya kepada pakcik itu.."pak cik..tren ni lalu Masjid Jamek tak?" lalu pakcik itu menjawab.."ya nak..tren ini memang lalu..awak baru lagi ke kat sini?" tanya pakcik itu..lalu aku berasa malu sendiri.."ah ya..eh bukan..saya duduk di Bandar Tun Razak..jadi tak biasa naik LRT Putra.." kataku menjawab...sepanjang perjalanan pakcik itu menceritakan jerit perih hidupnya membesarkan anak-anak..tanpa aku sedari..kepetahannya berbahasa Malaysia mengaburkan identitinya sebagai warga indonesia...aku sedarinya setelah pakcik itu sendiri mengaku..lalu membuatkan aku kagum dengan kebaikannya..

01/01/2010 tengah malam

aku berjalan laju..sambil dibimbing pakcik tadi yang kebetulannya melalui jalan yang sama dengan ku...semasa mahu melintas tiba-tiba pakcik itu berhenti menyebabkan aku pelik..lalu melihat ke atas langit....bom...bom..bunga api memancutkan pecahan apinya dengan penuh keindahan dan warna warni...kelihatan diseberang jalan..terdapat sekumpulan remaja sedang melompat dan berkejar-kejar memancutkan kertas-kertas bertaburan isi didalam spray tersebut memenuhi badan kawannya..ada yang leka merakam bunga api mengunakan telefon bimbit..lalu tanganku rancak menaip msg.."selamat tahun baru syg.." tidak pasti..sampai atau tidak..kerana talian sesak ketika itu..

01/01/2010 Di tengah jalan, detik 12 malam.

buat pertama kalinya ku melihat jalan sesak..semua pemandu keluar dari kereta..lalu melihat bunga api..dimuka masing-masing terpancar kesyukuran...dan kegembiraan..lamunanku terhenti apabila pakcik tadi memanggilku.."mari..kejap lagi ramai nak beli tiket..kita beli dulu sementara semua masih leka" kata pakcik itu..aku menganguk lalu mengikut sahaja..didalam LRT Star..aku menjadi malu sendiri..pakcik tadi membayarkan tiket trenku...didalam tren yang bergerak aku melihat jelas dari atas..kereta yang berhenti hampir berkilometer jauhnya..dengan tanpa segan silu aku bersuara.."seumur hidup saya tak pernah sambut tahun baru ditempat awam macam ni..lain sangat" aku tersenyum sambil merasa sangat tersentuh.."setidak-tidaknya..seumur hidup...kamu pernah merasakannya sekali" kata pakcik itu..aku menangis..hatiku dibanjiri rasa kagum dengan nikmatnya meskipun aku menyambut malam rahun baru keseorangan..bersama teman yang baru sahaja ku kenali..

2010 permulaan yang baik

maka tahun ini aku mulakan secara berseorangan..bersama orang asing yang baik...dan bergembira atas melihat kebahagiaan orang lain..selepas sms pertama selamat tahun baru..hp ku kehabisan bateri..lalu aku mulakan tahunku benar-benar diatas kaki sendiri...permulaan tahun yang cukup sempurna bagiku..mengingatkan aku bahawa aku mampu berdikari tanpa bantuan lagi...cuma diriku persepsiku..harus kuat dan ikut berubah...

Berkenaan azam

ada kawanku mahu berubah..mahu mengurangkan ayat mencarutnya ketahap yang lebih minimum..ada juga yang kata..mahu berhenti minum..ada juga yang kata mahu berhenti menghisap ganja...ada juga yang kata..mahu berhenti menjadi kaki perempuan dan berubah setia...ada yang mahu kumpul duit cepat-cepat mahu berkahwin katanya...apapun niatnya..aku yakin jika ada setitis keazaman..lautan kaca pun usahkan mustahil dibina...tanpa sebutir mutiara manakan ada seutas rantai berharga..jadi keinginan yang ada aku hormati..semoga niat itu menjadi pahala yang berpanjangan tiada berpenghujung....amin

Aku dan Langkawi 1

Semasa dilebuh raya pukul 1.30
Aku hanya duduk sambil menikmati perjalanan dan juga permandangan yang cantik. Meskipun hari semakin gelap namun perasaan masih lagi segar melihat kecantikkan hutan yang berada disekitar perjalanan. Apabila sudah masuk malam..tiba-tiba ayah membawa keretanya dengan perlahan..menyebabkan aku berasa sesuatu yang tak kena telah terjadi...melihat keadaan kereta disekeliling yang semakin membeku pergerakkannya membuatkanku jadi tak senang..tiba-tiba muncul seorang lelaki berjalan kaki..sambil itu ayah bertanya padanya “ada apa kat depan tu? Excident ke?” ayah melihat lelaki itu berjalan perlahan kepada ayah...”..”teruk...eksiden kepala putus...mayat tergelimpangan...abang tengoklah sendiri” kata lelaki itu membuatkan aku terpana menelan air liur..kami terdiam..lalu perlahan-lahan ayah keluar...ayah mahu pergi melihat keadaan yang terjadi

Semasa dilebuh raya pukul 4.30
Ayah memanaskan enjin keretanya..kami masih lagi dilebuh raya..kelihatan polis sudah pun pulang...jalan juga sudah di “clearkan”..aku yang tidur terjaga dari lamunan..hantu-hantu yang meriau dalam mimpiku membuat aku seram sejuk...ayah memulakan perjalanan..lalu kami terpaksa melalui tempat terjadinya kemalangan..apa yang dapat aku lihat..satu divider jalan yang penun dengan darah..dihujungnya masih ada lagi sisa daging mangsa...aku hanya mampu beristighfar sahaja...melihat sisi lain ternampak sebuah bas..separuh dari bas kelihatan hancur lebur....tempat duduk didalamnya terburai keluar...sesuatu yang tak bisa aku gambarkan...sebak hati ini melihatkan kemalangan yang berlaku cukup tragis sekali dapat dilihat darah berlumuran sana sini..dipinggir jalan kelihatan sisa isi perut bas yang berbaki sangat tragis sekali...hati menjadi sebak menangis sendirian bertapa besarnya kuasa Allah..dengan sepintas masa...dengan izinnya semua berlaku tanpa dapat kita tahu bila...

Sampai di Langkawi
Aku memanjatkan kesyukuran kerana selamat sampai ke Pulau Langkawi...kelihatan suasana redup...yang cukup membahagiakan...suasana yang hening dengan deruan angin menghempas tubuhku membuatkan aku menjadi semakin selesa...bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merasa nikmatnya sekali lagi...bersyukur kerana masih bernafas dan masih bisa mengunakan panca indera yang diberi ini sekali lagi...peluh menitis..namun hatiku masih berbunga..bahagia...terima kasih kepadanya..kerana membenarkan aku berdiri dibumi sumpahan Mahsuri ini..bumi Langkawi...

Pages

Powered by Blogger.

Copyright © / IniNoorNazirahHani

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger