Ukuran Satu Keikhlasan

Kau boleh terbang tinggi,
setinggi mana yang kau mahu,
aku tak akan megerling pun,
jika jiwa kau untuk aku,
aku tahu ia akan selalu jadi milik aku,

Kau tak perlu berbicara,
jika kau tidak mahu meluahkan kata,
kerana kata-kata bukan madu,
yang membuat aku bahagia,

Kerana keikhlasan datang dari hati,
meski perbuatan selalu menyakiti,
namun kewarasan selalu menyelubungi,
membawa aku lari dari kecurigaan.

Jika tindakkan bukan ukuran,
maka ku hamparkan sebuah syurga dunia,
kau lakukan apa sahaja,
akan ku turutinya,
Namun jika hatimu telah berpaling,
ia tidak mungkin jadi milik ku,
meski dalam dusta kejujuran itu tiada,
aku juga tidak rela.

Malah aku doakan kau bahagia,
sehingga hujung nyawa.





indah ke?

        Dunia ini memang tidak seindah yang kita mahukan, kadang-kadang kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik dalam hidup kita. Tapi adakah ianya cukup untuk kita mengecapi rasa keindahan yang kita mahukan itu. Sejauh mana kita mencuba dan apapun usaha yang kita buat. ianya tidak akan bermakna jika kita hanya mahu melakukannya dengan cara kita sendiri. Oleh disebabkan itu untuk mendapat sesuatu yang diimpikan kita harus sentiasa menjadi individu yang peka dengan kehendak dan keadaan sekeliling. 

     Memang susah untuk merealisasikannya apabila kita dilahirkan tidak mempunyai sifat yang sensitive. Tuntutan dan kemahuan diri kadangkala tidak selari dengan keperluan. Maka setiap masalah yang berkaitan akan menjadi duri dalam daging yang akhirnya apabila telah disedari, luka itu sudah pun menjadi nanah yang tidak dapat diubati jika tidak kena dengan caranya. Melihat dunia dari perspektif diri sendiri tidak cukup untuk menjadikan individu itu insan yang dihormati dan disenangi orang sekelilingnya. Namun perubahan demi perubahan yang drastic juga kadangkala tidak langsung membantu proses pemulihan yang diingini diri kita. Mencuba untuk menjadi yang terbaik bukanlah satu langkah yang bijak jika semua perubahan yang berlaku menjadikan individu tersebut seseorang yang hipokrit dan kurang identity diri. Kadangkala ukuran kemahuan dan juga keinginan yang ada. Tidak semua yang kita mahukan sebenarnya adalah sesuatu yang kita ingin-inginkan.

       Adakalanya kita sendiri sesat ditelan kemahuan yang sebenarnya tidak mampu kita kejar dan meskipun apabila kita memperolehinya kita akan merasakan ada satu sudut kosong yang akan menjadi racun yang mampu membunuh diri kita sendiri. Apabila kita buta dengan jiwa maka akal mempengaruhi minda yang sememangnya akan cuba mencipta seribu macam alasan yang akan merasionalkan kemahuan yang akhirnya merabunkan mata untuk melihat matlamat diri kita yang sebenar. Setuju dengan satu perpatah lama yang mengatakan “Yang dikejar, tak dapat, yang dikendong, keciciran”.

“Rumahku”


Indah itu terletak dari warna,
Ada jingga, biru atau kelabu,
Syurga itu bukan pada rupa,
Disalut emas disilir baldu,
Kikisan noda kau lihat,
Tidak lutsinar dimataku,
Jendela kukuh yang kau bina,
Tidak teguh dibenakku,
Kau pamerkan lukisan,
Sejuta beribu penipuan,
Yang aku impikan,
Satu kesucian,
Jikalau kau meludah,
Dan hidungmu mendongak ke awan,
Namun pandanganku lebih indah,
Menjenguk dari langit,
Mencebik meratap ketandusan dirimu sendiri.

Pantun berkait


Lalang kencang disapa embun,

Burung gagak hinggap ditepi,

Jangan dicanang kisah bertimbun,

Maruah segak diam berapi.

Burung gagak hinggap ditepi,

Ikan berenang terpandang-pandang,

Maruah segak diam berapi,

Tak kunjung senang dipintas pedang.

Ikan berenang terpandang-pandang,

Unggas membentak rimba bersahut,

Tak kunjung senang dipintas pedang,

Seru bersentak kilau bersambut.

Unggas membentak rimba bersahut,

Awan berarak kelabu putih,’

Seru disentak kilau bersambut,

Membilang gerak tidak bertatih.

Awan berarak kelabu putih,

Bersiung pagi bayu melintas,

Membilang gerak tidak bertatih,

Mengira segi ruang dicantas.

Pages

Powered by Blogger.

Copyright © / IniNoorNazirahHani

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger