Realiti cinta sempurna..

Cinta bukan hanya untuk dimiliki,
ianya perlu dijaga,
dilayani,
disayangi,
dibelai,
difahami,

aku tahu,

namun realiti cinta,
tiada yang begitu,

kata kuncinya pengorbanan,
sudikah kau berkorban?

Jika ya,

bahagia adalah jawapannya,
maka jika sebaliknya,

nescaya bahtera itu akan berkecai jua,

kerana tiada yg bisa sempurna,

kuncinya,
ada padamu,

pilihlah kerana kau yg akan menyempurnakan hubungan suci itu,
maka perolehilah kebahagian sejati,

jika itu yang kau pilih.

Hentikan realiti..

Air mata ini menitis,
kaku aku menahannya,
racun itu membeku lalu membunuhku,

kini dirimu kian jauh,
aku ingin hidup dalam mimpi ngeri,
mindaku bergelut sendiri,

ku biar kaca itu mengoyak jiwa ku,
jika perlu aku gantikan jiwa ini,
sebagai tanda cinta kita,

mungkin bukan ini yang mu cari,
maafkan aku kasih,
aku lemas dalam dakapanmu,

namun aku ingin kau tahu,
cintaku untukmu,

yang pasti hanya padamu,

namun kini,

ku benarkan kebahgiaan menghalau kita,

kini ku terima kau telah tiada,

kini aku terjaga,
tiada lagi dipelukmu,

Ku dakap ruang kosong ini,
biar pun sekadar memori,

aku dan juga dia.

Aku tahu...

Berhenti jika kau xmahu lagi melangkah,
aku tahu bukan jalan ini yang kau tuju,

lepaskan tanganku jika kau lelah,
aku bukan lagi penawarmu,
palingkan wajahmu dariku,
aku tahu dimatamu tiada aku,

hentikan senyuman itu,
kerana racunnya membunuh jiwaku,

lepaskan tanganku,
hentikan semua dusta,
benarkan aku berlari,
aku lebih rela sendiri,
tak rela melangkah bersama bayanganmu,

ya aku juga tidak mahu,

mungkin kini kaki ku tersangkut duri,
tapi percayalah duri itu akan mengubat luka itu,
memberi nafas baru,

ku percaya ada cahaya dihadapanku,
menunggu menyambut kemenangan aku,
didunia baru itu.

ku ada kekasih...

Aku baru bangun dari mimpi,
kau datang lagi,
puas aku mencari,
tak juga ku temui,
yang pasti,
aku pasti,
satu hari nanti ku kan temui,
dirimu,
kekasihku dalam mimpi,

aku mahu kau tahu,
aku setia padamu didunia realiti,
xrela kehilanganmu,
aku mahu kau hadir lagi,
temani mimpiku,
wahai bidadari,

tunggu malam hari,
akan ku lelapkan mataku,
aku tahu kau menunggu,
ku nanti mu disitu,
kau pasti disitu,

setia menanti mendengar ceritaku,
bahagia melayani diriku,
sungguhku mahu,
kau tahu,

kau lah kekasihku dalam mimpi.

Adik ku..

Bibir umpama dijahit,
mata ku pedih,
dada ku kian sesak,
wajahmu membiru,
kau ketakutan,

ku gengam tanganmu,
ku peluk tubuhmu mendekatiku,
akhirnya kau rebah,
jasadmu ku dakap erat2,
melayang aku membawamu,
hati ini bergetar sesak,

ku lihat tangan kecil mu,
ada lebam disitu,
lebam semalam tika aku mencubitmu,
jantungku kian memecut,
debu demi debu aku helakan juga,

tiada lagi harapan,
tangisanku terhenti,

ditabir itu ku lihat cahaya dirimu disana,
kau hulurkan tanganmu,
kita berlalu,

namun ku lihat jasadku kaku erat memelukmu,
kita ditelan bersama abu itu.

akU DAn UNiversiti

Aku merupakan pelajar dari satu pusat institusi pendidikan tinggi awam iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mengambil program Diploma Penulisan Seni Layar, dibawah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik. Pada mulanya ramai rakan-rakan aku bertanya, mengapakah aku memilih program ini. Apa yang aku jawab, ya..bagi menyambung generasi 'tok wan' aku..iaitu 'Suhaimi Hj Muhammad' tidak perlulah aku nyatakan siapa beliau..

Aku berbangga kerana dapat menyambung legasi perjuangan 'tok wan' aku dalam dunia penulisan. Meskipun dengan rendah dirinya aku akui, aku tidak sehebat beliau. Karyaku tidak pun sebanyak mana dan aku hanya menulis secara persendirian buat masa ini. Aku juga berharap dapat menjadi penulis tegar,maaf jika bahasa ini agak kasar. Namun bagi aku, penulis tegar yang aku maksudkan adalah 'seorang penulis yang tidak jemu-jemu menulis saban hari tanpa kenal putus asa dan penat' kejujuran cinta dalam dunia penulisan itu yang aku maksudkan.

Aku mula mencintai dunia penulisan sejak awal persekolahan aku. Aku ingat setiap kali pulang dari sekolah pen dan kertaslah menjadi peneman tidurku. Tangisku,tawaku dan kenanganku. Semua ku lahirkan dalam tulisan. Baik dari sajak,cerpen mahupun diari. Aku memang bukan penulis biasa, yang biasanya suka dan cinta untuk membaca berjilid-jilid novel. Maaf aku lebih rela membaca buku dari bidang sejarah, aku sukakan fakta, kisah keagamaan ,motivasi dan segala info sains mahupun keajaiban. Jujur aku katakan aku tidak mempunyai ketekunan membaca novel jika hendak dibandingkan ketekunan aku membaca buku berkisar sejarah.

Aku mencintai penulisan yang lebih ke arah fakta dari berfantasi. Maaf mungkin aku tidak 'versatile' dalam memilih naskhah pembacaanku. Kini perasaan pada seni kian membara dalam jiwaku. Aku mula belajar, seni lakonan, teater, kebudayaan, filem, visual, dan cara menulis itu sendiri. Terima kasih pada pensyarahku..yang juga merupakan teman 'tok wan' ku iaitu Abdul Ghafar Ibrahim, atau lebih dikenali dengan gelaran AYAH 'AGI' yang membuka mataku kearah cahaya yang lebih terang dalam mengariskan gaya penulisan aku.

Semoga ilmu yang telah aku tuntut dan pelajari selama ini akan mampu mengubah aku menjadi penulis berjaya satu hari nanti. Sudah 6 semester berlalu aku bersyukur dapat menamatkan pengajianku tanpa sebarang masalah. Berkat kerjasama dan bantuan serta dorongan keluarga, pensyarah dan juga kawan-kawan, ingin aku merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka semua. Budi dan jasa akan aku kenang selagi jiwa dikandung badan..amin

Pages

Powered by Blogger.

Copyright © / IniNoorNazirahHani

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger