akU DAn UNiversiti

Aku merupakan pelajar dari satu pusat institusi pendidikan tinggi awam iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mengambil program Diploma Penulisan Seni Layar, dibawah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik. Pada mulanya ramai rakan-rakan aku bertanya, mengapakah aku memilih program ini. Apa yang aku jawab, ya..bagi menyambung generasi 'tok wan' aku..iaitu 'Suhaimi Hj Muhammad' tidak perlulah aku nyatakan siapa beliau..

Aku berbangga kerana dapat menyambung legasi perjuangan 'tok wan' aku dalam dunia penulisan. Meskipun dengan rendah dirinya aku akui, aku tidak sehebat beliau. Karyaku tidak pun sebanyak mana dan aku hanya menulis secara persendirian buat masa ini. Aku juga berharap dapat menjadi penulis tegar,maaf jika bahasa ini agak kasar. Namun bagi aku, penulis tegar yang aku maksudkan adalah 'seorang penulis yang tidak jemu-jemu menulis saban hari tanpa kenal putus asa dan penat' kejujuran cinta dalam dunia penulisan itu yang aku maksudkan.

Aku mula mencintai dunia penulisan sejak awal persekolahan aku. Aku ingat setiap kali pulang dari sekolah pen dan kertaslah menjadi peneman tidurku. Tangisku,tawaku dan kenanganku. Semua ku lahirkan dalam tulisan. Baik dari sajak,cerpen mahupun diari. Aku memang bukan penulis biasa, yang biasanya suka dan cinta untuk membaca berjilid-jilid novel. Maaf aku lebih rela membaca buku dari bidang sejarah, aku sukakan fakta, kisah keagamaan ,motivasi dan segala info sains mahupun keajaiban. Jujur aku katakan aku tidak mempunyai ketekunan membaca novel jika hendak dibandingkan ketekunan aku membaca buku berkisar sejarah.

Aku mencintai penulisan yang lebih ke arah fakta dari berfantasi. Maaf mungkin aku tidak 'versatile' dalam memilih naskhah pembacaanku. Kini perasaan pada seni kian membara dalam jiwaku. Aku mula belajar, seni lakonan, teater, kebudayaan, filem, visual, dan cara menulis itu sendiri. Terima kasih pada pensyarahku..yang juga merupakan teman 'tok wan' ku iaitu Abdul Ghafar Ibrahim, atau lebih dikenali dengan gelaran AYAH 'AGI' yang membuka mataku kearah cahaya yang lebih terang dalam mengariskan gaya penulisan aku.

Semoga ilmu yang telah aku tuntut dan pelajari selama ini akan mampu mengubah aku menjadi penulis berjaya satu hari nanti. Sudah 6 semester berlalu aku bersyukur dapat menamatkan pengajianku tanpa sebarang masalah. Berkat kerjasama dan bantuan serta dorongan keluarga, pensyarah dan juga kawan-kawan, ingin aku merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka semua. Budi dan jasa akan aku kenang selagi jiwa dikandung badan..amin

0 comments:

Post a Comment

Pages

Powered by Blogger.

Copyright © / IniNoorNazirahHani

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger