Skrip apakah yang diangap “berkualiti” bagi pembikin filem Malaysia?



Hari ini aku telah melapangkan diri untuk menonton satu filem bertajuk Bohsia, hasil arahan Shamsul Haslam. Filem ini membawa penonton ke sudut hitam dengan menonjolkan kehidupan mat rempit dan bohsia secara sekilas pandang. Memperkenalkan watak wanita sebagai bahan seks ia menonjolkan lagi tangapan buruk masyarakat terhadap golongan wanita yang berpakaian seksi dan menjolok mata. Aku secara jujurnya tidak ada masalah dengan hasil kerja arahan pengarah muda ini. Sesungguhnya filem ini berjaya menyusun dengan kemas sudut koreografi aksinya.

Cuma apa yang ingin aku persoalkan adalah bertapa sempitnya ruang dan fikiran didalam cerita ini apabila ia menonjolkan sudut keburukkannya semata-mata. Sepertinya tiada unsur-unsur murni yang diselitkan bagi menyeimbangi plot-plot cerita yang disusun. Apa yang dapat dilihat hanyalah sudut negatif manusia yang selubungi masalah. Tiada usaha-usaha untuk memperbaiki diri dalam setiap individu yang dapat dilihat dalam watak . secara sekilas pandang cerita ini mungkin dapat memuaskan hati penonton yang mempunyai lapangan fikiran yang sempit. Namun dari sudut intelektualnya filem ini gagal memberi kesedaran kepada penontonnya diakhir penceritaannya.

Seperti yang sering aku katakan, filem adalah medium paling baik untuk mengubah persepsi masyarakat. Namun peluang ini tidak digunakan sebaiknya didalam filem ini. Bagi aku secara individu, amatlah rugi apabila kita menghabiskan berjuta ringit jika kita tidak mengunakan wang itu dengan sebaik-baiknya. Ya isu mat rempit berleluasan lalu membawa banyak kesan negatif secara tidak langsung kepada masyarakat. Ibu bapa menjadi semakin takut kerana anak-anak mereka yang semakin terdedah dengan bahaya dan pengaruh rakan-rakan. Aku akui filem ini berjaya membuka mata aku lalu menyedari bertapa ramainya individu yang bermasalah diluar sana. Namun mengapakah tiada unsur kesedaran atau menyelesaian masalah didalam filem ini ini.

Aku terfikir tidak pernahkah produser filem kita mengkaji secara mendalam skrip yang ingin dihasilkan sebelum ianya dihasilkan kedalam bentuk visual. Tidakkah pernah mereka mengambil kira mutu dan kualiti ceritanya atau adakah ada unsur-unsur favouritisme semasa pemilihan skrip berlangsung. Aku yakin secara realitinya banyak lagi naskhah-naskhah skrip yang berkualiti yang dipandang sebelah mata oleh pembikin-pembikin filem kita. Benar , ianya adalah hak mereka. Namun sampai bila? Jika begini filem Malaysia tidak akan maju jika dari sudut pembikinan skrip itu sendiri diambil ringan. Adakah pembikin filem kita sudah hilang selera dan tiada kemahuan yang tinggi semasa pemilihan skrip itu sendiri berjalan atau mereka hanya memandang ringan lalu memberikan harapan tinggi atas skrip yang diberikan meskipun mereka tahu hasil dan kualitinya tidak memuaskan.

Secara keseluruhannya isu yang ingin aku ketengahkan bukanlah kepada filem Bohsia itu sendiri. Siapalah aku untuk menuding jari keatas filem ini, isu ini aku ketengahkan kepada semua filem Malaysia itu sendiri. Ya aku sedar pembikin filem kini sudah bangun lalu banyak filem berkualiti dihasilkan kini namun jangan berasa selesa kerana masih ramai lagi pembikin filem diluar sana yang menerbitkan filem hanya untuk memenuhi selera dan kehendak semasa tanpa memikirkan mutu ceritanya. Sebenarnya penonton kita boleh menerima filem-filem berat namun kerana sikap pembikin filem yang takut membuatkan penonton tidak yakin menonton filem yang dihasilkan. Sepatutnya isu ini tidak perlu timbul jika pihak yang bertangungjawab memandang serius dan mencari jalan bagi menyelesaikan isu ini. Akhir kata izinkan aku menghabiskan kata-kataku dengan satu pepatah “Jangan yang dikejar tak dapat yang digendong berciciran”.

poster filem Bohsia kredit kepada : http://coldheartediceprincess.blogspot.com/2009/05/bohsia.html

3 comments:

  1. terlalu byk perkara negatif...

    bagaimana ingin membentuk?

    apa sebenarnya yang ingin diutarakan?

    realiti masyarakat yang semakin lemah?
    atau ingin mengubah perspektif masyakat kepada yang lebih baik?

    nilai???

    ReplyDelete
  2. ya..
    jika penekanannya lemah dan hilang arah..
    dimanakah isu letaknya intipati sebenar tujuan filem ini diterbitkan...

    adakah sekadar hiburan sia-sia?

    ReplyDelete
  3. i have to agree with some occasion..
    tapi kalo kite tgk filem hasil shamsul tu..dia lebih menunjukkan budaya di Malaysia same sahaje dgn budaya barat..slah aspek ialah dari sudut pergaulan tanpa batas..so bg pandang saye..jika diterapkan unsur2 kebaikan dalam filem ini..so makne mesej dia sudah terpesong dari apa yang dia cube sampaikan kepada orang ramai..bg saye jawapan pada isi tersirat dalam cerita ni adalhah kite sendiri..

    ReplyDelete

Pages

Powered by Blogger.

Copyright © / IniNoorNazirahHani

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger