Racistkah kita? Dan siapakah yang bersalah?


Baru-baru ini aku menonton satu filem bertajuk Gadoh hasil arahan Brenda Danker bersama Namron. Meskipun filem ini kelihatan sederhana, namun aku bangga filem ini berjaya menyampaikan mesejnya dengan baik. Bak kata orang kos tidak menjadi penghalang jika ada kemahuan dan juga keinginan. Malang sekali filem ini tidak ditanyangkan dilayar. Ya,aku faham mengapa dan kenapa. Mungkin ada baik dan buruknya juga.

Filem ini mengisahkan tentang dua kumpulan pelajar sekolah berlainan kaum yang sering bergaduh diantara sesama sendiri. Pergaduhan itu mendapat perhatian media lalu memaksa pengetua sekolah mereka mencari jalan supaya dapat menbersihkan kembali reputasi sekolah mereka. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila pihak kementerian mendesak supaya isu ini diselesaikan. Maka mesyuarat diadakan lalu mereka mendapat persepakatan untuk menubuhkan kelab teater hasil cadangan yang dikemukakan salah seorang guru disekolah itu iaitu cikgu Anne. Di pendekkan cerita seorang lelaki bernama Azman Hashim iaitu seorang aktivis teater telah berjaya merapatkan kembali hubungan sesama kumpulan yang sering bertelagah ini. Krisis perkauman yang membelenggu dua kumpulan pelajar bermasalah itu selama ini selesai hasil dari latihan teater yang diterapkan secara tidak langsung oleh Azman Hashim.

Cerita ini membuatkan aku tersenyum sendiri. Membuatkan aku kembali kealam persekolahan dulu. Penerapan dan garapan ceritanya bagaikan dekat dihati aku secara individu. Mungkin karyanya agak kasar dan lebih telus tetapi kerana kejujuran dalam cerita inilah yang membuatkan cerita ini berjaya menyampaikan mesej yang divisualkan dengan amat baik sekali. Bagi mereka yang jumud mungkin cerita ini tidak mungkin dapat difahami setulusnya namun niat ikhlas yang tergambar dalam cerita ini meleraikan rasa hati aku yang mendambarkan perpaduan kaum yang kuat seperti itu.

Cerita ini Berjaya menonjolkan secara terbuka dilema yang terkandung didalam fikiran kita sesama kaum. Perasaan,mentaliti,gaya kehidupan dan juga latar belakang membuatkan kita amat “racist” dalam kehidupan kita. Salah faham dan tanggapan buruk sesama sendiri membuatkan kita menjadi bangsa yang goyah dan tidak bersatu. Masalah ini mungkin adalah satu isu besar yang sukar untuk diselesaikan jika tidak diambil berat dari sudut akar umbinya.

Pengalaman , dendam dan pergolakkan kita membuatkan kita kadang-kadang mempengaruhi orang disekeliling untuk turut serta merasakan perasaan dengki dan tidak puas hati yang sepatutnya kita selesaikan dengan cara yang lebih baik. Pandangan buruk antara sesama kaum menyebabkan kita membenci sesama sendiri, tunjangnya hanyalah kerana kita sendiri tidak langsung mahu membuka hati untuk memahami situasi dan perasaan sebenar kaum lain. Perasaan dianak tirikan, itulah ayat yang paling sesuai untuk kita sendiri dalami bersama-sama. Penindasan dan isu berat sebelah dipersoalkan bagi membuka mata kita semua untuk berhenti membenci sesama sendiri.

Aku faham, cerita ini mungkin agak berat sebelah apabila isu melayu dilihat masih lagi secara nyatanya tidak dikupas atau ditontonkan. Namun aku juga faham iaitu filem bukanlah seperti tong sampah yang selalunya kita campakkan semua kedalamnya. Namun dalam konteks ini aku percaya filem ini adalah satu percubaan yang baik dan berani. Menonton filem ini mengingatkan aku pada satu perkataan yang sering dilupakan oleh pembikin filem. Filem adalah satu lapangan terbaik untuk mengajar dan menyedarkan manusia walau seberat manapun isu yang diketengahkan didalamnya kerana visual itu menguatkan lagi hujah yang ingin disampaikan. Maka secara keseluruhannya dengan tema dan isu yang terfokus aku percaya mesej yang ingin disampaikan daripada filem dapat diterima penontonnya meskipun agak sedikit pahit untuk menelannya.

poster filem gadoh kredit kepada : http://loqnerd.com/2009/06/26/filem-gadoh/

2 comments:

  1. pasal isu racist..
    suma org ada racism masing2...
    suma org ingin mperjuangkan hak masing2..
    mcm lagu A.C.A.B. fight for your right..
    sebabnnya org lain tak tahu hak org lain mcm mana..
    perbezaan itu yang mbuatkan wujudnya racism..

    berbagai pihak cuba menyatukan semua ini, dengan muzik, undang2, peraturan,film..

    tapi penyakit racist ni xdapat diubati..
    tepuk dada,tanya iman...

    ReplyDelete
  2. benar
    tiada siapa penah menyangkalnya..
    semua harus ada sifat racist..
    namun apa yang perlu dititik beratkan
    sejauh mana nilai kewarasan kita dalam me"racistkan " diri..

    racist..
    harus ada batas dan rasionalnya

    ReplyDelete

Pages

Powered by Blogger.

Copyright © / IniNoorNazirahHani

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger