Welcome 4 new intake!!!!

Pertama sekali aku ingin memanjat kesyukuran kerana aku masih lagi berada disini (Puncak Perdana)bagi menamatkan sesi pembelajaran aku dalam kursus Penulisan Seni Layar. Semoga semester ini aku bakal menamatkan pengajian ku dengan jayanya.

Berbalik kepada tajuk posted aku pada hari ini..iaitu Welcome....yang aku tujukan khas kepada pelajar baru yang sudah pun berjaya menyambungkan pembelajaran ke sini (F.A.C.T). Sebagai pelajar lama aku amat mengalu-alukan kedatangan pelajar baru yang bakal menyambung perjuangan seni yang sudah lama kita sama-sama pertahankan dari tahun ke tahun dan dari generasi ke generasi yang lain. Mungkin ada berbagai desas-desus yang telah semua pelajar baru khususnya, telah dengar berkenaan dengan kursus, pensyarah,halatuju dan juga budaya kami disini. Namun apa yang aku harapkan agar pelajar baru dapat mencuci segala minda dan mentaliti buruk yang pernah diserapkan tanpa usul periksa (jika ada)kerana besar kemungkinan ianya tidak benar.

Apa yang dapat aku ringkaskan. Bermula sahaja kaki kamu melangkah kesini jangan sesekali menyesal atau berasa rendah diri kerana disinilah kamu bakal kenal erti kehidupan. Pemikiran,gaya malah cara kamu juga bakal berubah mengikut kesesuaian lalu memajukan daya kreativiti kamu yang bakal digilap sedikit demi sedikit disini. Namun perubahan itu hanya bisa terjadi dengan 1 cara iaitu "usaha keras sendiri". Gunakan semaksimumnya daya ketajaman fikiran kamu dengan memulakan setiap "task" yang diberi dengan nilai penuh inspirasi yang inovatif dan penuh informatif.Bukan senang melepasi setiap semester, buktinya satu demi satu telah pun kecundang baik dari kesalahan sendiri mahupun nasib yang tak menyebelahi.

Jangan Jadi MANJA..diulangi MANJA...

Kenapa aku berkata begitu, kerana dunia kita penuh dengan dugaan. kamu bakal berdepan dengan seribu satu perangai dan juga pemikiran.Tiada yang sudi mengajar kamu jika kamu sendiri tidak kehadapan dan mahu bertanya sendiri. Jadi jangan sombong kerana aku yakin setiap senior disini sentiasa bersedia menolong kamu semua yang dalam kegelapan (jika ada). Jika sesiapa diantara pelajar baru yang pernah dimaki dan diherdik oleh pelajar senior. Percayalah herdikkan itulah bakal menjadi penawar apabila kamu mahu menapak kedunia realiti sebenar "dunia produksi" yang sememangnya lebih pahit. Disana tiada lagi lemah lembut dan segala adab kerana tugas utama adalah "bertindak mengikut arahan" dan "belajarlah dari????? dari YANG TAHU" kata-kata ini akan sering kali kamu dengar dari mulut pensyarah disini. Maka jangan manja kerana KAMU TIDAK AKAN BELAJAR JIKA KAMU BESAR KEPALA....harus dengar NASIHAT kerana kami tahu dan pendapat kami berdasarkan pengalaman. Jika kamu rasa kamu pandai maka kamu tidak harus berada disini...kerana kamu mungkin tersesat dari Fakulti Medic atau Law..jadi berpijak dibumi yang nyata..

Apa yang paling penting kamu tahu..
DI SINI - Jika kamu duduk diam..kamu hanya umpama kertas kosong
DI SINI - Jika kamu sombong..TIADA SESIAPA YANG RUGI
DI SINI - Tempat kamu cipta evolusi dan bukan mengekalkan tradisi (yang xrelevan)
DI SINI - Tempat mencurahkan karya..bukan duduk diam tak bermaya
DI SINI - Kamu harus cerdas,cepat,LASAK!! di ulangi LASAK!! positif apabila ditegur..
DI SINI - Tempat kamu memadam kesalahan lama..lalu mencipta satu nama jika kena cara.
DI SINI - Kamu harus berani..kerana malu membuatkan kamu dipandang hina..
DI SINI - Timba pengalaman bila-bila masa..Jangan habis belajar baru teraba-raba...



Akhir kata...kami mengalu-alukan kedatangan pelajar baru..perjalanan masih panjang jadi sekalipun jangan pernah kamu terlepas pandang kerana setiap saat merupakan pengalaman yang harus kamu rebut. Harus peka dengan peluang..dan jangan hanya melihat..harus berani mencuba..harus menghormati YANG TAHU..dan belajar dari Mereka..aku bercakap dari pengalaman..jika ada salah silap..Aku menyusun dua puluh jari...kalau tak cukup bagi tahu yea...hehehe..

sekian,wasalam

3 comments:

  1. dengar tu adik2...
    akak senior nasihat...
    hi5..=P

    ReplyDelete
  2. xde maknenye..hanya sedikit nasihat bagi persiapan...supaya tiada yang mengejut dan terkejut he~

    ReplyDelete
  3. ala...btl la 2 kan...
    akak nasihat adik2 supaya dapat terus maju ke depan..
    dalam meniti arus dunia produksi...
    jangan manja2....
    semoga mereka berjaya..

    ReplyDelete

Pages

Powered by Blogger.

Copyright © / IniNoorNazirahHani

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger