Aku dan 2010

Azam dan tahun baru 2010?

2010

mula-mula sekali, ingin aku memanjatkan kesyukuran yang amat sangat ke hadrat ilahi diatas izin-Nya aku masih lagi bisa merasai kehidupan yang sementara ini..masih dapat ku rasai limpahan barakah dan rahmat yang dihujankan ke bumi Allah yang gah ini sekali lagi..jadi untuk jangka masa ini aku terfikir sejenak..apa yang telah aku lakukan pada tahun lepas...apa yang telah aku sumbang untuk diriku..keluargaku..dan saudaraku sepanjang tahun 2009 berlalu..Alhamdulillah...aku sudah melakukan yang terbaik dan yang termampu..

31/12/2009. petang

aku mempunyai temu janji dengan bekas rakan sepejabatku di Astro, pukul enam kata mereka aku harus berada disana di stesen LRT Bukit Jalil, dalam perjalanan jalan agak suram..aku hanya diam menatapi pemandangan luar LRT. Termenung sahaja didalam hati rasa bersalah kerana masa yang semakin suntuk...aku telah lambat..

31/12/2009. malam

sudah sampai ke perkarangan Jusco di Bukit Jalil, aku dan kawan-kawan memilih filem DID YOU HEAR ABOUT THE MORGANS?" agak menyesal selepas menontonnya...tersangatlah bosan..namun kawan ku yang seorang ni enjoy gila..ianya membuatkan aku tertanya-tanya..dari sudut dan aspek apakah yang menarik minatnya menonton filem itu..namun filem itulah filem yang menjadi penutup tahun 2009 pada diriku..

31/12/2009. hampir tengah malam

aku dalam perjalanan pulang..sebagai penutup..buat pertama kalinya aku berseorangan mengambil LRT Putra untuk sampai ke Masjid Jamek lalu menukarkan tren ke LRT STAR..untuk menyambungkan perjalananku ke bandaraya..di dalam perjalanan aku terserempak dengan seorang pakcik lalu dengan sopan aku membalas senyuman yang dilemparkan..dalam keadaan ragu-ragu aku menebalkan muka lalu bertanya kepada pakcik itu.."pak cik..tren ni lalu Masjid Jamek tak?" lalu pakcik itu menjawab.."ya nak..tren ini memang lalu..awak baru lagi ke kat sini?" tanya pakcik itu..lalu aku berasa malu sendiri.."ah ya..eh bukan..saya duduk di Bandar Tun Razak..jadi tak biasa naik LRT Putra.." kataku menjawab...sepanjang perjalanan pakcik itu menceritakan jerit perih hidupnya membesarkan anak-anak..tanpa aku sedari..kepetahannya berbahasa Malaysia mengaburkan identitinya sebagai warga indonesia...aku sedarinya setelah pakcik itu sendiri mengaku..lalu membuatkan aku kagum dengan kebaikannya..

01/01/2010 tengah malam

aku berjalan laju..sambil dibimbing pakcik tadi yang kebetulannya melalui jalan yang sama dengan ku...semasa mahu melintas tiba-tiba pakcik itu berhenti menyebabkan aku pelik..lalu melihat ke atas langit....bom...bom..bunga api memancutkan pecahan apinya dengan penuh keindahan dan warna warni...kelihatan diseberang jalan..terdapat sekumpulan remaja sedang melompat dan berkejar-kejar memancutkan kertas-kertas bertaburan isi didalam spray tersebut memenuhi badan kawannya..ada yang leka merakam bunga api mengunakan telefon bimbit..lalu tanganku rancak menaip msg.."selamat tahun baru syg.." tidak pasti..sampai atau tidak..kerana talian sesak ketika itu..

01/01/2010 Di tengah jalan, detik 12 malam.

buat pertama kalinya ku melihat jalan sesak..semua pemandu keluar dari kereta..lalu melihat bunga api..dimuka masing-masing terpancar kesyukuran...dan kegembiraan..lamunanku terhenti apabila pakcik tadi memanggilku.."mari..kejap lagi ramai nak beli tiket..kita beli dulu sementara semua masih leka" kata pakcik itu..aku menganguk lalu mengikut sahaja..didalam LRT Star..aku menjadi malu sendiri..pakcik tadi membayarkan tiket trenku...didalam tren yang bergerak aku melihat jelas dari atas..kereta yang berhenti hampir berkilometer jauhnya..dengan tanpa segan silu aku bersuara.."seumur hidup saya tak pernah sambut tahun baru ditempat awam macam ni..lain sangat" aku tersenyum sambil merasa sangat tersentuh.."setidak-tidaknya..seumur hidup...kamu pernah merasakannya sekali" kata pakcik itu..aku menangis..hatiku dibanjiri rasa kagum dengan nikmatnya meskipun aku menyambut malam rahun baru keseorangan..bersama teman yang baru sahaja ku kenali..

2010 permulaan yang baik

maka tahun ini aku mulakan secara berseorangan..bersama orang asing yang baik...dan bergembira atas melihat kebahagiaan orang lain..selepas sms pertama selamat tahun baru..hp ku kehabisan bateri..lalu aku mulakan tahunku benar-benar diatas kaki sendiri...permulaan tahun yang cukup sempurna bagiku..mengingatkan aku bahawa aku mampu berdikari tanpa bantuan lagi...cuma diriku persepsiku..harus kuat dan ikut berubah...

Berkenaan azam

ada kawanku mahu berubah..mahu mengurangkan ayat mencarutnya ketahap yang lebih minimum..ada juga yang kata..mahu berhenti minum..ada juga yang kata mahu berhenti menghisap ganja...ada juga yang kata..mahu berhenti menjadi kaki perempuan dan berubah setia...ada yang mahu kumpul duit cepat-cepat mahu berkahwin katanya...apapun niatnya..aku yakin jika ada setitis keazaman..lautan kaca pun usahkan mustahil dibina...tanpa sebutir mutiara manakan ada seutas rantai berharga..jadi keinginan yang ada aku hormati..semoga niat itu menjadi pahala yang berpanjangan tiada berpenghujung....amin

1 comments:

  1. dear...
    the msg "Selamat tahun baru sayang" kn..
    i did't get that msg tau..hi5..tp ok la...line bz kn..hi5

    but im really glad tat i got 2 b wit u n we ave a really memorable nu yer 2gether..

    hope this 2010 u will archieve wat u always wanted in ur life..im always wit u dear..always n forever..

    really miss u soO much ma..XOXO

    ReplyDelete

Pages

Powered by Blogger.

Copyright © / IniNoorNazirahHani

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger