Aku lalui jalan luka,
Cuba jadi bidadari di dunia,
Jadi manusia sempurna,
Mahu jadi dia yang kau mahu,
Tatkala insan menyanjung aku,
Kau tak pernah sesaat terleka,
Sedikit pun tak mahu memandang aku,
Jadi aku belajar kembali,
Cari diri menjadi aku,
Aku dan cahaya itu kembali,
Biar dunia seakan lupa,
Biar kewujudan aku biasa aja,
Biarkan kerana aku tak akan pernah,
Jadi dia yang kau cinta,
Ya perjalanan sudah bermula (titik)

Cinta Buat Illahi


Ya, untuk sekian kali,
debunga itu berterbangan,
berkilauan menghiasi langit megah itu lagi.

Kelopak mataku kebal menepis biasan kilauan,
dan melimpahlah takungan yang berdarah,
ku akhirnya rebah.

Kulihat butiran mutiara berbuih di mulut saudaraku,
kiriman terakhir buat-Mu Ya Rabbi,
sujudku menyembah-Mu Illahi.

Ku tepis bisikkan dusta,
Ku pujuk hatiku.

Jika sayang-Mu dicurah kepadaku,
ku bukakan depa seluas dunia,
ku ingati janjiku,
yang enam itu,
ku sematkan biar rapi.

Biar bercerai berai badan,
tidakku lenturkan iman,
walau sekuman.

Ya Allah, kuatkan jiwaku, Ya Rabbi,
degupan hatiku,
merindui-Mu selalu,

Nah,
sebarkan debunga itu lagi,
akanku raikan tanpa gentar,
dengan kalimah-Mu,
"Lailla'hailallah"

Noor nazirah hani.

Pages

Powered by Blogger.

Copyright © / IniNoorNazirahHani

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger